Utusan Borneo (Sabah)

Farah tangguhkan persaraan

-

LAUSANNE: Juara empat kali Olimpik Mo Farah (gambar) akan menangguhk­an persaraann­ya dari dunia olahraga selama beberapa hari lagi untuk bertanding pada peringkat akhir Liga Berlian Zurich, kata penganjur kelmarin.

Juara dunia lima kali dari Britain itu pada asalnya dijadual bersara di tanah air di London setelah kejuaraan dunia pada bulan depan dari 4-13 Ogos.

Dia kemudian bersetuju untuk berlari dalam acara 3,000 meter di acara Liga Berlian Birmingham pada 20 Ogos tetapi penganjur Zurich berkata dia kini juga akan bertanding di Switzerlan­d pada 24 Ogos.

“Sebelum dia bertukar kepadajara­klebihjauh­danjalan raya, Mo Farah merancang untuk kembali ke Zurich bagi penampilan perpisahan,” penganjur menyebut dalam satu kenyataan.

“Stadium Letzigrund adalah tempat di mana dia memecah had 13 minit dalam acara 5,000 meter lelaki sebagai atlet British pertama pada 2010, dan ia adalah tempat di mana dia dinobatkan sebagai juara berganda Eropah empat tahun lalu.

“Sekarang dia merancang untuk mengucapka­n selamat jalan kepada balapan dalam arena legenda itu.”

Atlet kelahiran Somali berusia 34 tahun itu, yang akan mengalih tumpuan kepada perlumbaan di jalan raya dan maraton selepas dia menggantun­g kasut balapan, akan memburu kejuaraan berganda dalam acara 5,000 meter dan 10,000 meter di London.

Namun selepas layak ke peringkat akhir Liga Berlian, Farah akan menamatkan karier balapannya dengan perlumbaan 5,000 meter di Zurich.

Di London, dia mengintai kejuaraan berganda ketiga berturut-turut yang luar biasa di kejohanan dunia dalam dua jarak balapan paling jauh, selepas turut mencapai kejayaan itu dalam dua temasya Olimpik terakhir.

Farah, yang juga juara lima kali Eropah, tidak pernah tewas dalam kejuaraan balapan besar sejak kejuaraan tertutup dunia pada Mac 2012.

Dia merupakan salah seorang atlet balapan paling hebat dalam sejarah Britain dan paling berjaya dari segi pungutan pingat emas yang dimenangin­ya. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia