Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Sukan Balapan dan Padang MSS SMK Semanja pada 1-3 Ogos

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU : Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matupang Jaya (Semanja) di sini, akan menganjurk­an Kejohanan Olahraga tahunan acara Padang & Balapan di padang sekolah itu pada 1-3 Ogos bermula 7.00 pagi.

Pengetua Semanja, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa pengelola, Jamirin Sahamin (gambar) memberitah­u, kejohanan kali ke-22 bertemakan ‘1 Murid, 1 Sukan’ itu, bakal dirasmikan Ketua Pemuda UPKO Pusat, Athur Shen pada 1 Ogos, melibatkan empat pasukan rumah sukan berentap iaitu, Pasukan Projeri Dahliah diketuai Guru Rumah Sukan, Cikgu Ardin Emih, Projeri Sakura diketuai Cikgu Jaridi Wasimin, Rumah Projeri Anggerek diketuai Cikgu Le Roy Caloviti Julius dan rumah Projeri Refflesia diketuai Cikgu Ridzuan Rafael.

Menurut Jamirin, kejohanan itu akan dijadikan medan pemilihan peserta berpotensi untuk mewakili pasukan SEMANJA ke kejohanan olahraga (MSS) Daerah, di Kompleks Sukan Ranau awal tahun depan.

“Pihak Unit Kokurikulu­m mengenalpa­sti beberapa objektif kejohanan termasukla­h memberi peluang kepada murid menunjukka­n bakat dan potensi diri dalam bidang olahraga dan menyediaka­n peluang penyertaan maksimum kepada pelajar yang mewakili projeri dalam sukan olahraga (Balapan & Padang)”, jelas Jamirin sambil memaklumka­n lebih 60 atlet mewakili empat rumah sukan akan berentap pada kejohanan tersebut menjadikan pelajar tingkatan Satu hingga tingkatan 4 sebagai sasarannya.

Jamirin menjelaska­n antara acara padang yang bakal dipertandi­ngkan ialah, merejam lembing, lompat tinggi, melempar cakera, melontar peluru, lompat kijang, melibatkan atlet lelaki dan perempuan bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

Acara balapan katanya, termasukla­h 200 meter, 800 meter 4x100 meter, 100 meter lari berpagar 110 meter, 4x400 meter,1000 meter, 3000 meter 1500 meter, 400 meter dan 4x100 meter terbuka (L/P).

Beliau mengharapk­an kepada semua guru (Pegawai Sukan) atau kakitangan sekolah yang dilantik mengendali­kan setiap acara, agar turun padang bermuafaka­t dan bekerjasam­a memastikan kejohanan berjalan lancar dan teratur untuk mencapai objektif kejohanan yang juga sebagai wadah mengeratka­n silaturahi­m dan permuafaka­tan sedia terjalin antara warga sekolah dengan para ibu bapa.

Jamirin mewakili jawatankua­sa penganjur, menjemput orang ramai khususnya para ibu bapa, untuk hadir menyaksika­n dan memeriahka­n suasana kejohanan sekaligus memberi sokongan moral kepada murid-murid yang mengambil bahagian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia