Utusan Borneo (Sabah)

Semai semangat juang tinggi

Saranan Sapawi kepada pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Sipitang

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Ahli pergerakan Pemuda dan Puteri Umno diingatkan supaya memupuk semangat juang yang tinggi, sekali gus menyemainy­a secara berkesan dalam jiwa, bagi menghadapi cabaran politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketika memberi peringatan itu, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata ia perlu kerana faktor berkenaan menjadi asas penting perjuangan parti menghadapi cabaran politik semasa.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Sipitang perlu meyakini kebolehan perjuangan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno masa lalu yang hasilnya kini boleh dilihat menerusi nikmat pembanguna­n yang dirasai penduduk di Parlimen Sipitang.

Katanya, penerimaan baik Umno dalam partiparti komponen BN adalah faktor penyatuan rakyat berbilang kaum, seterusnya membawa kejayaan dalam membangunk­an infrastruk­tur untuk rakyat.

“Apabila kerajaan BN memerintah semuanya terlaksana dan tersusun rapi, memenuhi kriteria untuk membawa pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sipitang 2017, di sini pada Sabtu.

Sapawi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah berkata ahli Pemuda dan Puteri Umno harus mengambil semangat juang pemimpin terdahulu, bersatu hati dan ikhlas serta tidak mudah patah semangat, demi menjamin masa hadapan.

Beliau berkata kawasan Parlimen Sipitang sendiri menikmati pelbagai bentuk pembanguna­n yang memanfaatk­an rakyat hasil perjuangan pemimpin Umno dan BN.

Katanya, selain projek mega seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang bakal dinikmati oleh penduduk di negeri Sabah dan masyarakat Parlimen Sipitang, banyak lagi peruntukan khas luar bandar yang telah dilulus dan dilaksanak­an.

Ia termasukla­h pembinaan tangki air dan naik taraf bekalan air bersih di Weston, Melalia dan Sindumin yang bernilai RM64 juta serta RM27 juta di Meligan dan RM11 juta di Long Pasia.

Dalam pada itu, mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Sipitang itu diadakan secara bersama buat pertama kali dengan jayanya.

Ia hasil kolaborasi mantap Pemuda dan Puteri di bawah kepimpinan Yamani Hafez Musa dan Suzie Hamat.

Seramai 260 perwakilan Pemuda dan 140 perwakilan Puteri Umno Bahagian Sipitangme­nghadirime­syuarat berkenaan.

Sempena mesyuarat itu, diluluskan usul menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Apabila kerajaan BN memerintah semuanya terlaksana dan tersusun rapi, memenuhi kriteria untuk membawa pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat. DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

 ??  ?? SAPAWI bersama tetamu kehormat yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis itu.
SAPAWI bersama tetamu kehormat yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia