Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan cedera apabila Nesat membadai Taiwan

-

TAIPEI: Taiwan berdepan ribut keduanya dalam masa dua hari semalam selepas Taufan Nesat melanda pulau tersebut menyebabka­n sekurang-kurangnya 103 cedera, banjir dan gangguan bekalan elektrik meluas.

Sebahagian beggar dari Taiwan telah berada dalam keadaan tegang kelmarin selepas Nesat melanda di timur wilayah Yilan, membawa pukulan ombak kuat sehingga lebih 49.2 kaki serta menurunkan hujan sehingga 23 inci di wilayah selatan Pingtung.

Ia menjauhi Taiwan semalam ketika ribut tropika Haitang mara di selatan pulau, kemungkina­n melanda pada sebelah petang, menurut Biro Kaji Cuaca Pusat.

Ini kali pertama dalam tempoh 50 tahun di mana Taiwan telah mengemukak­an amaran bagi dua taufan.

“Haitang mengumpul sedikit kekuatan dan ia dijangka membawa hujan lebat ke bahagian tengah dan selatan Taiwan mulai malam ini hingga esok,” menurut peramal cuaca Lin Ting-i.

Ribut itu berada 170 kilometer barat daya Eluanbi, selatan jauh pulau jam 3.00 petang waktu tempatan.

Kira-kira 10,000 orang dipindahka­n kelmarin, dengan 5,338 anggota tentera dikerah bagi bantuan bencana.

Kebanyakan perkhidmat­an kereta api ditangguhk­an dan lebih 300 penerbanga­n domestik dan antarabang­sa dibatal atau ditangguhk­an.

Sekurang-kurangnya 103 cedera, kebanyakan ditimpa objek jatuh atau kemalangan kereta atau terjatuh dalam cuaca buruk, menurut pusat operasi kecemasan pusat.

Hampir separuh daripada sejuta keluarga terputus bekalan elektrik ketika Nesat melanda pulau bersama hujan dan angin sehingga 180 kilometer sejam.

Pingtung mengalami banjir teruk malam kelmarin, di mana kira-kira 200 penduduk yang terkandas berjaya diselamatk­an.

Kira-kira 140,000 keluarga masih terputus bekalan elektrik semalam, walaupun perkhidmat­an kereta api telah kebanyakan­nya diteruskan.

Rakaman TV menunjukka­n anggota tentera menghantar makanan kepada beberapa rumah di Pintung di mana jalan rayanya masih dinaiki air.

Syarikat penerbanga­n kedua terbesar di Taiwan EVA Airways menyatakan ia telah membatalka­n kira-kira 50 penerbanga­n selepas lebih 500 atendan penerbanga­n mengambil cuti taufan, menjejaska­n kira-kira 30,000 penumpang.

Walaupun Nesat taufan pertama di Taiwan tahun ini, pulau tersebut dilanda hujan lebat pada bulan lepas.

Nesat muncul di bandar Fuqing, wilayah Fujian di barat daya China, kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan semalam, menurut media rasmi, di mana pihak berkuasa mengemukak­an amaran merah taufan, yang tertinggi dalam empat peringkat sistem amaran kod berwarna di China.

Usaha respons kecemasan telah bermula di wilayah berhampira­n Zhejiang, di mana lebih 3,000 dipindahka­n, lapor Perkhidmat­an berita China.

Satu lagi taufan, ‘Begonia’, dijangka melanda di Fujian sama ada pada petang semalam atau pagi ini. — AFP

 ??  ?? SEORANG lelaki dan penunggang skuter terjatuh ketika Nesat membadai Taipei, kelmarin. — Gambar Reuters
SEORANG lelaki dan penunggang skuter terjatuh ketika Nesat membadai Taipei, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia