Utusan Borneo (Sabah)

Wanita AS dibelit ular sawa di muka, hidung digigit

-

NEW YORK: Pihak berkuasa AS mengeluark­an rakaman panggilan kecemasan di mana seorang wanita berkata: “Ada seekor ular sawa ‘boa’ kecil melekat pada muka saya.”

Wanita berusia 45 tahun dari Sheffield Lake di wilayah Ohio itu menghubung­i pihak berkuasa Khamis lepas selepas ular sepanjang 1.67 meter itu telah mengetatka­n belitan pada badan dan mukanya serta menggigit hidungnya.

“Saya tidak pernah mendengar kejadian sebegini,” kata operator telefon yang terkejut ketika wanita tersebut mengaitkan situasi sukarnya dengan suara ketakutan.

“Ia telah menggigit hidung saya dan membelit pinggang saya,” menurut mangsa ketika reptilia itu meneruskan­nya, sambil menambah: “Terdapat darah di mana-mana.”

Ular itu antara dua ular sawa kecil yang diselamatk­annya sehari sebelumnya, jelasnya, yang bersama sembilan ekor ular sawanya.

“Jangan bergerak puan,” kata operator tersebut.

“Saya tidak dapat,” jawab wanita tersebut.

Kenderaan kecemasan tiba empat minit kemudian.

Ketua bomba tempatan Time Card memberitah­u Chronicle Telegram anggota bomba menggunaka­n pisau poket untuk memotong kepala ular tersebut, kemudian membuang bangkainya ke dalam tong sampah.

Wanita itu dimasukkan ke hospital namun tidak mengalami kecederaan teruk, menurut rangkaian berita Fox 8 Cleveland. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia