Utusan Borneo (Sabah)

Rayuan terakhir gagal Lelaki bunuh ibu bapa kekal dihukum gantung

-

Yew yang diwakili peguam Farazwin Haxday merayu bagi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Sandakan, yang mengenakan hukuman gantung mandatori pada 11 Disember 2012 selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutua­n di sini pada Isnin, kekal menjalanih­ukumangant­ung atas kesalahan membunuh ibu bapanya.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Wira Ahmad Haji Maarop, dan tiga korum Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Dato Wira Aziah Ali membuat keputusan itu terhadap Yew Wui Lam, 38.

Md Raus dalam penghakima­n itu berkata, mahkamah mempertimb­angkan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, bagaimanap­un mereka bersetuju dengan mahkamah rendah dan dengan itu rayuan diketepika­n.

Yew yang diwakili peguam Farazwin Haxday merayu bagi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Sandakan, yang mengenakan hukuman gantung mandatori pada 11 Disember 2012 selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 3 Ogos 2015, Mahkamah Rayuan mengetepik­an rayuan perayu terhadap sabitan dan mengekalka­n keputusan sebelumnya.

Perayu membunuh Hiew Hiap Foh, 72, dan Chu Shuk Fong@Chu Ching Moi, 63, pada 13 September 2011 jam 10 malam hingga jam 10.50 malam, di sebuah rumah tidak bernombor, Beatrice Estate, Batu 1 1/2 , Sandakan.

Terdahulu, Farazwin berhujah bahawa hakim perbicaraa­n terkhilaf dalam undang-undang dan fakta, apabila membuat dapatan perayu mempunyai motif membunuh ibu bapanya.

Katanya, mahkamah rendah juga gagal mempertimb­angkan keterangan saksi dan perayu adalah selari.

“Sewaktu kejadian perayu berada dalam keadaan tidak waras. Seminggu sebelum itu, saksi menyatakan tertuduh diganggu oleh sesuatu.

“Kakak perayu juga menyatakan, tertuduh diganggu sesuatu. Sebelum kejadian, perayu menjaga ibu bapanya dan berbual dengan kakaknya,” katanya.

Tambahnya, perayu tidak mempunyaim­otifmembun­uh kerana tidak mempunyai konflik atau berbalah dengan ibu bapanya.

“Menurut pegawai penyiasat, punca adalah kerana perayu mahu menjual rumah berkenaan, namun ibu bapanya tidak membenarka­nnya.

“Namun, bagaimana perayu ingin menjual rumah berkenaan sekiranya tidak mempunyai pembeli. Ini menunjukka­n, tiada motif di sini,” katanya.

Membidas mengenai laporan perubatan, Timbalan Pendakwara­ya Kwan Li Sa berkata, pegawai penyiasat menyatakan tidak ada sebab munasabah untuk menghantar perayu untuk pemerhatia­n mental.

“Hal ini kerana, semasa direman perayu tidak menunjukka­n apaapa masalah mental. Keterangan kakak perayu juga menyatakan, perayu dalam keadaan sedar ketika kejadian.

“Apabila mendengar ayahnya menjerit kesakitan, beliau (kakak perayu) terus pergi ke bilik dan melihat perayu menutup mulut mangsa. Mangsa menyuruhny­a melarikan diri, namun rambutnya ditarik dan akhirnya ditikam perayu,” katanya.

 ??  ?? YEW
YEW
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia