Utusan Borneo (Sabah)

JKKK bantu usaha kerajaan

Beri penjelasan kepada masyarakat, kata Musa

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bertanggun­gjawab memberikan gambaran dan penjelasan kepada masyarakat kampung mengenai segala usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, JKKK adalah pemimpin utama di peringkat akar umbi dan dengan adanya ilmu diperolehi daripada program Sijil Tadbir Urus Desa, sudah pasti dapat meningkatk­an lagi nilai tambah kemajuan dalam kampung masing-masing.

“Dengan adanya ilmu baharu ini, para JKKK sudah tentu dapat menjalanka­n tugas secara sempurna, efisien dan teratur di kampung masing-masing.

“Saya menyeru agar KKLW boleh memberikan peluang kepada semua JKKK di Sabah bagi mengikuti program ini agar mampu meningkatk­an ilmu masingmasi­ng untuk kebaikan bersama,” katanya pada Program Sijil Tadbir Urus Desa JKKK Zon Sabah dan Penyampaia­n Anugerah Desa Perdana Zon Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, di sini pada Isnin.

Katanya, JKKK perlu diberikan ilmu pengetahua­n untuk menjalanka­n kerja secara efisien selain dapat melaksanak­an tugasan dengan lebih baik.

Musa berkata hubungan erat di antara kerajaan negeri dan Persekutua­n khususnya Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) adalah penting dalam usaha membangunk­an infrastruk­tur luar bandar di Sabah. Menurutnya, pertanding­an Anugerah Desa Perdana adalah satu acara yang sangat menarik dan mampu membolehka­n sesuatukam­pungituber­tukar wajah menjadi lebih cantik, teratur dan maju.

“Pertanding­an ini membolehka­n kampungkam­pung di kawasan luar bandar dan pedalaman terpelihar­a, maju dan mendapat perhatian daripada kerajaan Persekutua­n.

“Selain itu, anugerah itu juga boleh menjadi pemangkink­epadapendu­duk kampung untuk memajukan perkampung­an masingmasi­ng,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 500 pengerusi JKKK Sabah mengikuti program Sijil Tadbir Urus Desa InfraUniKL yang diadakan selama tiga hari yang bermula pada Ahad.

Katanya, seramai 165 orang mewakili enam kampung yang bertanding dalam program Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.

“Kampung yang menjuarai pertanding­an ini di sini dan Labuan akan layak ke pertanding­an peringkat kebangsaan yang mana majlis penganuger­ahan akan diadakan pada 22 Ogos ini di PWTC Kuala Lumpur.

“Program itu akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Dalam pertanding­an itu, Kg Merampong Keningau muncul johan sementara Kg Sugiang Tengah Tenom di tempat kedua dan Kg Seganga Lahat Datu ketiga.

Manakala, johan pertanding­an di peringkat Labuan dimenangi oleh Kg Layang-Layangan, Kg Sungai Miri di tempat kedua dan Kg Lubok Temiang ketiga.

Saya menyeru agar KKLW boleh memberikan peluang kepada semua JKKK di Sabah bagi mengikuti program ini agar mampu meningkatk­an bersama.” ilmu masing-masing untuk kebaikan DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA (tengah), Ismail (lima kiri) dan tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang pertanding­an.
MUSA (tengah), Ismail (lima kiri) dan tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang pertanding­an.
 ??  ?? MUSA (dua kiri) dan Ismail (kiri) menyampaik­an hadiah Anugerah Desa Perdana kepada johan pertanding­an.
MUSA (dua kiri) dan Ismail (kiri) menyampaik­an hadiah Anugerah Desa Perdana kepada johan pertanding­an.
 ??  ?? MUSA (dua kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada hakim Anugerah Desa Perdana sambil diperhatik­an oleh Ismail Sabri (dua kiri).
MUSA (dua kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada hakim Anugerah Desa Perdana sambil diperhatik­an oleh Ismail Sabri (dua kiri).
 ??  ?? MUSA (tengah) tiba di majlis itu sambil diiringi oleh Ismail Sabri (kiri).
MUSA (tengah) tiba di majlis itu sambil diiringi oleh Ismail Sabri (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia