Utusan Borneo (Sabah)

Lembaga Pengurusan SJKC St Philip adakan majlis pertabalan

-

KOTA KINABALU: Majlis Pertabalan Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) St Philip Tamparuli telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini pada Sabtu.

Majlis yang dihadiri oleh Penolong Pengarah Pendidikan Tham Yun Fook yang mewakili pengarah Pendidikan itu juga sekali gus merayakan Hari Guru peringkat sekolah.

Tetamu kehormat pada malam itu, Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Wilfred Madius Tangau telah diwakili Setiausaha Politik Joisin Romut.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Pendidikan Yee Siew Ling, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Tah Nia Hj Jaman dan Guru Besar SJKC St Philip Mary Liu.

Sementara, mewakli Gereja Katolik Sabah ialah Archbishop Datuk John Wong dan Pengerusi AEC Sr Rita Chew.

Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC St Philip William Lee berterima kasih kepada para guru dan kakitangan pentadbira­n sekolah atas sumbangan mereka.

Beliau juga menzahirka­n penghargaa­n khas kepada guru muzik sekolah itu, Kuhim Ebin Ugat atas pengorbana­n beliau sejak 2012 dalam membentuk dan memimpin pasukan muzik bambu yang terdiri daripada murid-murid SJKC St Philip.

Bermula dengan hanya 11 murid, kumpulan itu kini mempunyai seramai 35 orang. Bukan itu sahaja, bahkan kumpulan itu telah memenangi beberapa hadiah atau anugerah sejak tahun-tahun kebelakang­an ini.

Antaranya ialah tempat ketiga peringkat Negeri Sabah 2012, johan peringkat kebangsaan (2013), naib johan peringkat kebangsaan (2014), terpilih dalam Pocket Show anjuran Sri Pelanconga­n Sabah (2015), tempat ke-3 Peringkat Negeri anjuran KDCA dan naib johan Battle of Bamboo anjuran OMBAK (2016), dan johan Peringkat Negeri Kategori Sekolah Rendah (2017).

“Lebihdarip­adaitu,kumpulan muzik SJKC St Philip akan mewakili Malaysia ke Nepal bulan Mac tahun depan,” kata William.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada PIBG sekolah di bawah Chester Lo kerana telah memulakan satu pasukan tarian singa atas inisiatif dan daya sendiri.

Sementara itu, Joisin dalam ucapannya berkata keadaan sekarang unik dan sudah berubah di mana ramai muridmurid sekolah renda Cina adalah anak-anak bumiputera.

Beliau mengambil contoh apabila anak-anak adik beliau bergaduh, mereka bertengkar dalam Bahasa Cina yang ibu bapa bumiputera mereka sendiri tidak faham.

“Ini keunikan Malaysia amnya dan Sabah khasnya,” katanya.

 ??  ?? JOISIN (duduk, tengah) bersama AJK Lembaga Pengurusan SJK (C) St Philip. turut kelihatan William dan John.
JOISIN (duduk, tengah) bersama AJK Lembaga Pengurusan SJK (C) St Philip. turut kelihatan William dan John.
 ??  ?? WILLIAM (kiri) menyampaik­an penghargaa­n kepada Kuhim yang berjaya membawa kumpulan muzik bambu sekolah ke mercu kejayaan.
WILLIAM (kiri) menyampaik­an penghargaa­n kepada Kuhim yang berjaya membawa kumpulan muzik bambu sekolah ke mercu kejayaan.
 ??  ?? JOISIN (tengah) mengetuai acara memotong kek. Turut kelihatan John (empat dari kiri) dan William.
JOISIN (tengah) mengetuai acara memotong kek. Turut kelihatan John (empat dari kiri) dan William.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia