Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan muda Mardi peroleh pendapatan lumayan

- Oleh NURASYIKIN HAMZA (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Usahawan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mampu menjana keuntungan yang lumayan.

Usahawan Muda Mar-di Nur Azzwa Mohd Asrim, 31, membuktika­n beliau berjaya menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan pemprosesa­n makanan di bawah syarikatny­a iaitu Maywaa Enterprise. Anak kelahiran Sabah itu menerima bantuan geran bernilai RM4,452 pada majlis perasmian Agora IV Agropreneu­r Muda Mardi Zon Sabah dan Hari Bertemu Pelanggan Mardi 2017 di sini pada Isnin.

Program berkenaan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli.

Produk sos Azzwa yang dihasilkan dari buah-buahan tempatan seperti bambangan, mangga dan nanas berjaya menarik perhatian ramai pihak memandangk­an ia mempunyai keunikan tersendiri.

Azzwa yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta di Keningau mula menghasilk­an sos buah-buahan itu selepas mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Mardi.

“Saya memulakan langkah dalam perniagaan ini dengan menyertai kursus yang dianjurkan oleh Mardi sebelum terfikir untuk membuat produk inovasi yang menggunaka­n buahbuahan tempatan.

“Berbekalka­n modal sebanyak RM3,000, saya terus memberanik­an diri menceburi perniagaan bermula Januari tahun lepas,” katanya.

Tanpa diduga, penerimaan masyarakat terhadap produknya amat memberangs­angkan apabila produknya itu laris dengan jualan sebanyak 390 botol dalam tempoh sebulan.

“Jualan produk sos ini lebih melonjak apabila tiba musim buah-buahan memandangk­an buah-buahan tempatan berbuah mengikut musim.

“Setakat ini, pasaran kami hanya tertumpu di kawasan sekitar Keningau sahaja tetapi kami mempunyai perancanga­n menjual di kedai-kedai pelanconga­n dalam dan luar negeri sekiranya mendapat permintaan,” katanya yang juga menyediaka­n perkhidmat­an jualan secara dalam talian.

Ditanya mengenai pemilihan buah bambangan sebagai produk utama, Azzwa berkata ia bagi memperkena­lkan makanan tradisi Sabah itu kepada masyarakat luar.

Katanya, buah bambangan yang sinonim dengan makanan tradisiona­l suku kaum Dusun itu berpotensi luas dalam menjana pendapatan lumayan.

Justeru, beliau berharap agar produknya yang berasaskan bambangan itu akan lebih dikenali di Semenanjun­g dan luar negara.

 ??  ?? PRODUK sos perisa nanas.
PRODUK sos perisa nanas.
 ??  ?? AZZWA bersama produk dan geran di hadapan gerai pamerannya.
AZZWA bersama produk dan geran di hadapan gerai pamerannya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia