Utusan Borneo (Sabah)

Pusat kaunseling pendidikan akan diwujudkan di Kunak

-

SATU pusat kaunseling pendidikan akan diwujudkan di daerah kecil ini dengan nama Pusat Pengambila­n Pelajar Borneo Cawangan Kunak.

Ia akan menjadi pusat rujukan atau pusat sehenti kepada belia dan lepasan sekolah di sekitar daerah yang mahu mendapatka­n khidmat nasihat pendidikan dan hala tuju pendidikan secara percuma.

Belia atau lepasan sekolah yang tidak menerima sebarang tawaran ke institusi pendidikan tinggi atau ingin melanjutka­n pelajaran tetapi tidak tahu kursus yang mana perlu diambil, kini boleh mendapatka­n kaunseling secara percuma daripada Pusat {engambilan Pelajar Borneo (PPPB) Cawangan Kunak bermula September 2017.

Setakat ini, PPPB yang beroperasi di Kota Kinabalu diketuai oleh Pengarah Urusan Mexnuel Pinus.

Mexnuel berkata PPPB menerima lebih 150 permohonan setiap bulan bagi mendapatka­n khidmat kaunseling secara percuma berkaitan hala tuju pendidikan dan permasalah­an untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

“Peranan organisasi adalah merekrut pelajar seluruh negeri dan menghubung­kan mereka kepada institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang menawarkan kursus kemahiran, pradiploma, diploma, ijazah, sarjana dan PhD.

“Kami melihat ramai pelajar dan masyarakat di luar bandar mempunyai kelayakan akademik yang baik namun tidak menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi kerana kurangnya info berkaitan pendidikan dan kesedaran kepentinga­n pendidikan pengajian tinggi masa kini.

“Buat permulaan, daerah Kunak menjadi pilihan dan memberi perkhidmat­an kepada penduduk setempat terutama sekitar Kunak dan Semporna, sebelum ia dibuka di setiap daerah pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata pelajar yang mendaftar dengan PPPB akan diberikan bimbingan dan nasihat mengenai kursus yang bakal diambil sama ada dalam bidang akademik mahupun kemahiran, bagi memastikan kursus yang mereka ambil berkesesui­an dengan minat serta kelayakan akademik.

“Apabila kami membantu pelajar mendaftar di manamana institusi, pihak kami akan memastikan kursus yang diikuti oleh pelajar diiktiraf oleh kerajaan melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) serta Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) bagi kursus di peringkat kemahiran,” katanya.

Menurut Mexnuel, perkhidmat­an kaunseling disediakan oleh kaunselor yang berdaftar dengan lembaga kaunseling dan mempunyai kelayakan psikologi atau kaunseling yang diiktiraf.

Pihaknya juga membantu belia yang tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik. Walaupun hanya tahu membaca, menulis dan mengira, beliau berkenaan boleh dibantu mengikuti kursus kemahiran seperti kimpalan dan kecantikan.

“Di PPPB, kami sangat adil dan menawarkan pelajar pelbagai pilihan dalam memilih institut dan kursus yang diminati. Hanya yuran pendaftara­n yang perlu dibayar oleh pelajar kepada kolej. Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran,” katanya.

Beliau berkata bagi pelajar yang tidak mampu membiayai pengajiian, PPPB akan membantu mereka dalam mencari dan mendapatka­n bantuan kewangan.

“Kebanyakan pelajar yang kami bantu mendapat 100 peratus bantuan kewangan,” katanya sambil menambah, sehingga kini lebih 500 pelajar telah mendaftar di bawah PPPB dan ditempatka­n di 14 institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

 ??  ?? MEXNUEL
MEXNUEL
 ??  ?? SEBAHGIAN peserta mendapatka­n khidmat kaunseling di kaunter pendaftara­n.
SEBAHGIAN peserta mendapatka­n khidmat kaunseling di kaunter pendaftara­n.
 ??  ?? MAJLIS perasmian Karnival Pendidikan dan Kerjaya di perkaranga­n pekan Kundasang.
MAJLIS perasmian Karnival Pendidikan dan Kerjaya di perkaranga­n pekan Kundasang.
 ??  ?? SALAH sebuah pameran pendidikan yang dianjurkan.
SALAH sebuah pameran pendidikan yang dianjurkan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN aktiviti kem kaunseling pendidikan.
SEBAHAGIAN aktiviti kem kaunseling pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia