Utusan Borneo (Sabah)

Demi kepentinga­n rakyat

Kerajaan terus sedia pelbagai projek pembanguna­n

- Oleh YUSOP TEPPO

Kita sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan terus turun padang dalam mengenal pasti keperluan rakyat

SANDAKAN: Kerajaan akan terus berusaha untuk menyediaka­n pelbagai projek pembanguna­n bagi keselesaan dan kepentinga­n rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, pelbagai projek pembanguna­n sedang dan bakal dilaksanak­an oleh kerajaan di semua kawasan untuk rakyat.

“Kita sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan terus turun padang dalam mengenal pasti keperluan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sepetang bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dengan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Fajar, PDM Taman Merpati dan PDM Batu 8 Jalan Labuk di Dataran GentingMas, Bandar Fajar Perdana, petang Khamis.

Musa berkata, sempena bulan kemerdekaa­n, ia memberi peringatan kepada seluruh rakyat untuk menghargai kemerdekaa­n negara.

“Alhamdulil­lah kita sudah merdeka dan kita sudah berkuasa, serta dapat membangunk­an negara kita

DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

Malaysia dan negeri Sabah. Namun, apa yang penting ialah kita harus berwaspada, bekerjasam­a, dan bersatu padu untuk kita merancang membangunk­an negeri kita khususnya di Libaran dan juga di PDM-PDM iaitu Taman Merpati, Taman Fajar dan juga PDM Batu 8.

“Saya juga selalu berbincang dengan AJK-AJK bahagian apa yang harus kita lakukan di tempat-tempat yang berkenaan. Seperti di kawasan ini, kita telah berbincang betapa pentingnya kita wujudkan jalan raya Fajar ByPass,” katanya.

Ini katanya, sudah pasti menyenangk­an kepada pengguna lalu lintas yang kadang kala berhadapan kesesakan jalan dan terlalu banyak kenderaan.

“Kalau kita buat jalan Fajar ByPass, ia sudah tentu mengurangk­an sedikit kesesakan dan mengelakka­n pengguna berhadapan dengan kesesakan lalu lintas,” katanya.

“Di samping itu berhubung masalah perparitan yang boleh menyebabka­n berlaku banjir.

Musa memberitah­u, beliau juga telah mengarahka­n presiden MPS supaya memperbesa­rkan perparitan yang ada sekarang dan seterusnya membangunk­an jalan raya Fajar ByPass.

Musa juga berkata, pihaknya sudah menyediaka­n tapak tanah seluas lima ekar untuk membina sebuah masjid yang lebih besar di Taman Merpati.

“Kita tahu masjid yang sedia ada di Taman Merpati ini nampaknya semakin kecil kerana jemaah semakin hari semakin bertambah ramai. Jadi sekarang kita sudah sedia tapak tanah untuk bangunkan satu masjid yang besar daripada yang ada sekarang ini supaya boleh menampung jemaah-jemaah kita yang bersembahy­ang di masjid berkenaan.

“Inilah cara kita iaitu berbincang dan bermesyuar­at apa yang perlu kita adakan dan bangunkan untuk rakyat. Sebab itu saya katakan pentingnya kita adakan perjumpaan dari semasa ke semasa, selain mengeratka­n tali silaturahi­m, berjumpa, bermesra dan kita boleh bertukar-tukar fikiran apa yang baik untuk kita di Libaran ini,” katanya.

Justeru itu, Musa berkata beliau sentiasa menggalakk­an pemimpin-pemimpin khususnya di Libaran ini untuk berikhtiar mencari ilham apa lagi yang harus dilakukan untuk manfaat dan kemudahan rakyat di kawasan berkenaan.

“Kita akan selalu berjumpa seperti majlis seumpama ini demi kebaikan kita semua dan yang penting kita dapat membantu dan membela nasib rakyat yang memerlukan khususnya di Libaran ini,” katanya.

 ??  ?? MUSA dan Adun Gum-Gum Datuk Zakaria Mohd Edris bersama-sama PDM Taman Fajar, Taman Merpati dan PDM Batu 8 Jalan Labuk.
MUSA dan Adun Gum-Gum Datuk Zakaria Mohd Edris bersama-sama PDM Taman Fajar, Taman Merpati dan PDM Batu 8 Jalan Labuk.
 ??  ?? MUSA menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada salah seorang penerima yang memerlukan.
MUSA menyampaik­an sumbangan kerusi roda kepada salah seorang penerima yang memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia