Utusan Borneo (Sabah)

Sabah lebarkan rekod tanpa kalah

Tumpaskan ATM 2-0, sah selamat dari zon penyingkir­an

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah menumpaska­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 pada saingan Liga Premier di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak pada Jumaat.

Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah Sabah kepada empat perlawanan berturut-turut (tiga menang dan satu seri) sekaligus mengesahka­nnya selamat dari zon penyingkir­an.

Sabah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan penyerang utama, Rodoljub Paunovic pada minit terakhir.

Pertahanan tengah Heo Jaenyeong meraikan kehadirann­ya semula selepas diketepika­n tiga perlawanan sebelumnya ekoran kecederaan dengan jaringan kedua pada minit ke-82.

“Gembira dengan kemenangan ini. Kita telah kotakansas­aransyabas­kepada semua anggota pasukan terutamany­a pemain. Berdasarka­n persembaha­n, kita sewajarnya menang perlawanan ini.

“Kita telah kotakan sasaran bawa balik tiga mata penuh untuk lebarkan rekod tanpa kalah kepada empat perlawanan berturut-turut, tiga menang dan satu seri iaitu rekod terbaik setakat ini dan paling penting telah sah selamat dari zon penyingkir­an.

“Kita juga telah tebus kekalahan (2-5 di tangan ATM) pada pusingan pertama. Saya harap mentaliti mahu menang pemain akan lebih kuat untuk meneruskan rentak kemenangan ini,” kata pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim ketika dihubungi.

Kemenangan itu memberikan Sabah mata ke-24 dan naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh untuk sekurang-kurangnya beberapa jam.

Kedudukan itu hanya dapat digugat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang juga boleh mengumpul 24 mata dan mempunyai kelebihan jaringan jika menang ke atas Negeri Sembilan lewat semalam.

Satu lagi perlawanan berlangsun­g awal pada Jumaat menyaksika­n pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menang 3-1 ke atas Perlis.

Kita telah kotakan sasaran bawa balik tiga mata penuh untuk lebarkan rekod tanpa kalah kepada empat perlawanan berturut-turut, tiga menang dan satu seri iaitu rekod terbaik setakat ini dan paling penting telah sah selamat dari zon penyingkir­an. DATUK JUIL NUATIM Pengurus pasukan Sabah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia