Utusan Borneo (Sabah)

KP MU Ranau, TMV FC seri dalam aksi persahabat­an

Perlawanan ulangan timbal balas diadakan di Telupid dalam tempoh terdekat

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Pasukan bola sepak Kelab Penyokong Manchester United (KP MU) daerah Ranau terikat seri 1-1 dengan pasukan Telupid Mix Veteran (TMV) FC pada aksi persahabat­an yang berlangsun­g di Stadium Kompleks Sukan Ranau, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan mempamerka­n aksi agak seimbang dengan bola banyak berlegar di tengah padang.

Bagaimanap­un, pasukan tuan rumah mendapat gol pendahulua­n pada minit ke21 melalui sepakan percuma di hadapan pintu gol pasukan Telupid Mix Veteran FC yang terus menerjah jaring menewaskan penjaga gol Carlson Lumbak.

Pada minit ke-38, penyerang pasukan pelawat Sylvester Doinie bijak mencari ruang dalam kotak penalti dengan menyambut kemas sepakan sudut sebelum melepaskan sepakan kencang menewaskan penjaga gol MU Ranau Veteran untuk menyamakan kedudukan.

Permainan pada babak kedua banyak dikawal oleh pasukan tuan rumah namun masih gagal untuk menambah jaringan kemenangan.

Peluang terbaik pasukan tuan rumah muncul pada minit ke-87 melalui ketua pasukannya Hisyamudin Harun namun percubaan kencangnya berjaya ditepis keluar penjaga gol Telupid Mix Veteran FC.

Pasukan TMV FC turut mendapat peluang terbaik untuk menjaringk­an gol pada masa kecederaan melalui Felix Joseph tetapi sepakannya sekadar terkena palang gol walaupun penjaga gol KP MU Ranau sudah tertewas.

Keputusan kekal seri 1 - 1 sehingga tamat perlawanan.

Presiden Kelab Penyokong Manchester United Ranau Hisyamudin Harun yang juga Ketua Pemuda UPKO Ranau ketika ditemui berkata, perlawanan itu diadakan sebagai menyahut seruan kempen ‘Fit Malaysia’ yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaludin.

Selain itu, ia juga bertujuan mengeratka­n lagi jalinan silaturahi­m dalam kalangan pemain kedua-dua pasukan, di samping mengukuhka­n perpaduan masyarakat melalui sukan.

Beliau menyeru para belia khususnya di daerah Ranau agar terus membudayak­an sukan sebagai aktiviti harian terutama bola sepak demi kesihatan dan kecergasan badan.

Hisyamudin turut mengucapka­n terima kasih kepada pasukan Telupid Mix Veteran FC kahsnya Tommy Amir selaku Ketua Pemuda Upko Beluran/Telupid kerana sudi bertandang ke daerah Ranau untuk menjayakan perlawanan persahabat­an itu.

Secara keseluruha­nnya, Ketua Pemuda UPKO Ranau itu amat berpuas hati dengan keputusan dan persembaha­n permainan kedua-dua pasukan yang seimbang dan mencipta keputusan ‘adil dan sama hebat’.

Beliau menyifatka­n perlawanan persahabat­an itu berjaya mengeratka­n silaturahi­m dan perpaduan antara semua pemain kedua-dua pasukan serta terus menggalakk­an agar perlawanan persahabat­an seumpamany­a dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

“Apayangpen­ting,semangat kesukanan tinggi antara semua pemain, selain mengeratka­n silaturahi­m ia juga adalah senaman kecergasan fizikal kerana difahami semua sibuk dengan aktiviti dan tugasan masing-masing”, ujar Hisyamuddi­n.

Beliau turut berterima kasih kepada Felix Joseph Saang selaku Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia kerana sudi datang untuk merasmikan perlawanan persahabat­an itu.

Dalam perkembang­an berkaitan, pasukan Kelab Penyokong MU Ranau akan berkunjung ke daerah Telupid untukmenga­dakanperla­wanan persahabat­an dengan pasukan yang sama sebagai perlawanan ulangan dan timbal balas dalam tempoh terdekat.

Perlawanan ini diadakan sebagai menyahut seruan kempen ‘Fit Malaysia’ yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaludin. Selain itu, ia juga bertujuan mengeratka­n lagi jalinan silaturahi­m dalam kalangan pemain kedua-dua pasukan, di samping mengukuhka­n perpaduan masyarakat melalui sukan. HISYAMUDIN HARUN Presiden Kelab Penyokong Manchester United Ranau

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Telupid Mix Veteran FC diketuai Tommy Amir (berdiri, kiri) seri 1 – 1 dengan pasukan Kelab Penyokong Manchester United Ranau.
PASUKAN Telupid Mix Veteran FC diketuai Tommy Amir (berdiri, kiri) seri 1 – 1 dengan pasukan Kelab Penyokong Manchester United Ranau.
 ??  ?? KELAB Penyokong Manchester United Ranau diketuai Hisyamudin Harun (mencangkun­g, dua dari kanan).
KELAB Penyokong Manchester United Ranau diketuai Hisyamudin Harun (mencangkun­g, dua dari kanan).
 ??  ?? HISYAMUDIN (kiri) dan Tommy bertukar cenderamat­a kenangan sebelum perlawanan sambil disaksikan Felix Joseph Saang (tengah).
HISYAMUDIN (kiri) dan Tommy bertukar cenderamat­a kenangan sebelum perlawanan sambil disaksikan Felix Joseph Saang (tengah).
 ??  ?? HISYAMUDIN menyerahka­n cenderamat­a berupa jersi MU kepada Felix (tengah).
HISYAMUDIN menyerahka­n cenderamat­a berupa jersi MU kepada Felix (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia