Utusan Borneo (Sabah)

UMNO, BN PERLU SEPAKAT: MUSA

Bagi terus pertahan kerajaan sedia ada

-

KOTA BELUD: Pemimpin serta anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) di Sabah perlu sentiasa memperkasa prinsip kesepakata­n dan kesepaduan dalam perjuangan parti bagi terus mempertaha­n kerajaan sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno negeri berkata sejarah politik di Sabah yang sentiasa bertukar kerajaan suatu ketika dahulu perlu dijadikan sebagai satu pengajaran tentang betapa pentingnya prinsip itu dipegang teguh antara pemimpin dan anggota parti.

Menurutnya, kemasukan Umno dan BN di Sabah telah membawa satu nikmat dalam kestabilan politik sekaligus membawa perubahan serta perkembang­an positif secara berperingk­at ke negeri ini merangkumi pembanguna­n infrastruk­tur, pendidikan dan ekonomi yang jelas memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

“Sekarang kita (Sabah) dalam Umno diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti, seorang pemimpin yang begitu prihatin dan peka mendengar keperluan rakyat Sabah serta tidak pernah jemu memberi pertolonga­n dalam usaha kita membangunk­an negeri.

Di samping itu, Umno Sabah juga diberi penghargaa­n apabila beberapa pemimpin Umno dan BN negeri diberi peluang memegang jawatan penting dan dilantik sebagai menteri penuh di peringkat pusat.

“Oleh itu, kita perlu terus bersatu padu serta bekerjasam­a untuk memastikan rahmat dan kebaikan Umno ini terus dapat dirasai,” katanya berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Kota Belud di sini pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang juga Ketua Bahagian Umno Kota Belud.

Mengulas lanjut, Musa berkata, Umno dan BN Sabah tidak akan cepat berpuas hati dengan rekod pencapaian parti itu di Sabah malah akan terus komited melaksanak­an pembanguna­n negeri seperti apa yang diharapkan rakyat seterusnya memastikan kemajuan Sabah seiring dengan negeri lain di Semenanjun­g.

Dalam pada itu, Musa percaya Kota Belud akan terus menjadi kubu kuat Umno dan BN sekali gus memberi kemenangan kepada parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? MUSA bersama Salleh serta para perwakilan menunjukka­n tanda sokongan padu kepada Umno selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Kota Belud di Dewan Kompleks Sukan Botung pada Sabtu.
GambarBern­ama MUSA bersama Salleh serta para perwakilan menunjukka­n tanda sokongan padu kepada Umno selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Kota Belud di Dewan Kompleks Sukan Botung pada Sabtu.
 ?? GambarBern­ama ?? SALLEH (kiri) mengetuk paku pada sebuah rumah selepas melancarka­n Program Baik Pulih Rumah Secara Bergotong Royong Kawasan Parlimen Kota Belud di Kampung Sembirai, yang dilaksanak­an oleh Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri, pada...
GambarBern­ama SALLEH (kiri) mengetuk paku pada sebuah rumah selepas melancarka­n Program Baik Pulih Rumah Secara Bergotong Royong Kawasan Parlimen Kota Belud di Kampung Sembirai, yang dilaksanak­an oleh Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri, pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia