Utusan Borneo (Sabah)

Warga asing diberkas, tikam pemain dengan pisau ‘rambo’

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Hanya kerana salah faham berhubung sepak takraw, seorang lelaki warga asing bertindak menikam salah seorang pemain dengan pisau ‘rambo’ di Kampung (Kg.) Sundang Laut Batu Sapi, petang Jumaat.

Akibat kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa seorang lelaki tempatan berumur 40-an mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pihak polis telah menerima aduan tentang satu kes pergaduhan kira-kira 5.45 petang berlaku di Kg. Sundang Laut, Batu Sapi di mana seorang lelaki cedera parah akibat ditikam.

“Sejurus menerima maklumat tersebut, anggota kereta peronda telah bergegas ke tempat kejadian dan telah menangkap suspek berumur 40 tahun yang diserahkan oleh orang awam bersama sebilah pisau rambo,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sandakan turut bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku akibat salah faham di antara suspek dan mangsa di mana suspek tidak berpuashat­i dengan mangsa dan rakan-rakannya yang bermain sepak takraw berhampira­n rumah mangsa di mana suspek menganggap ia mengganggu rumahnya,” katanya.

Beliau memberitah­u pada hari kejadian mangsa dan rakanrakan­nya bermain sepak takraw di gelanggang kampung tersebut dan ketika bermain beberapa kali bola sepak takraw telah melantun dan terkena pagar rumah suspek yang berada di kedudukan belakang gelanggang tempat mereka bermain.

“Kejadian bola sepak takraw tersebut melantun dan terkena pada pagar rumah suspek telah beberapa kali berlaku sejak beberapa bulan lepas,” katanya.

Mohd Azhar berkata, kesan daripada kejadian bola sepak takraw melantun terkena pagar rumah suspek yang menyebabka­n suspek tiba-tiba bertindak agresif dan telah menghampir­i mangsa lalu berlaku pergaduhan di antara mereka.

“Suspek secara tiba-tiba telah mengeluark­an sebilah pisau rambo dan terus menikam mangsa. Mangsa cuba melarikan diri namun gagal dan terus rebah,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang terus bertindak agresif kemudianny­a berjaya ditangkap oleh rakan-rakan mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis bersama pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.

“Mangsa pula dikejarkan ke hospital tersebut namun disahkan telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di paru-paru dan jantung,” katanya.

Mohd Azhar berkata, pihaknya menjalanka­n siasatan terhadap suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia