Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat bertuah k’jaan prihatin

-

KOTA BELUD: Rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan sentiasa prihatin dan rancak menjalanka­n pelbagai program pembanguna­n, termasuk usaha membantu rakyat terutama golongan yang memerlukan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Alhamdulil­lah, usaha (kerajaan) ini dapat dijalankan berkat kestabilan politik negara kita dan keamanan yang kita perolehi.

“Kita juga melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tumpuan, bukan sahaja kepada masyarakat di bandar, tetapi juga masyarakat di luar bandar termasuk dari segi pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Program Baik Pulih Rumah Secara Bergotong Royong Kawasan Parlimen Kota Belud di Kampung Sembirai di sini, yang dilaksanak­an oleh Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah ICU Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

Mengenai program itu, yangmerupa­kansatudar­ipada program di bawah projek

‘Touch Point 2017’ ICU, Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan, berkata pendekatan secara bergotong royong itu amat dialukan oleh golongan memerlukan di Kota Belud.

Sebanyak 10 rumah di Kota Belud akan dibaik pulih menerusi program itu, katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia