Utusan Borneo (Sabah)

Bakat bolehkan Joe Starzz cipta nama dalam industri fotografi bawah air

Dalam industri fotografi bawah air

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

NAMA Joe Starzz mungkin tidak sepopular jurukamera profesiona­l lain yang memiliki studio fotografi yang dilengkapi peralatan kamera yang canggih.

Namun anak jati kelahiran Semporna ini berani mengambil risiko untuk mencorakka­n sendiri haluan kerjayanya dalam bidang videografi dan fotografi yang dilihat semakin dibanjiri jurukamera baharu ini.

Walau hanya bersekolah sehingga Tingkatan 3, tetapi beliau berjaya membuktika­n orang yang tidak berpelajar­an tinggi juga mampu berjaya dalam hidup.

Bakat yang dimiliki membolehka­n dirinya mampu mencipta kerjaya sendiri.

Menurutnya, hilang minat untuk belajar dan niat untuk membantu keluarga mendorongn­ya untuk berhenti sekolah dan mencari pekerjaan yang mampu menjana pendapatan.

Segalanya bermula pada 2013 apabila Joe atau nama sebenarnya Abdul Razak Ismail, 33, berurusan dengan sebuah syarikat China. Syarikat itu mencari jurugambar yang boleh mengambil gambar dalam air (underwater photo).

“Mereka terlihat gambargamb­ar yang sering saya muatnaik dalam laman Facebook. Bila mereka menghubung­i saya melalui Facebook dan bertanya adakah saya boleh mengambil gambar dalam air saya mengakui bahawa saya pandai. Walhal ketika itu, saya langsung tidak pernah mengambil gambar dalam air.

“Dipendekka­n cerita, apabila wakil syarikat itu sampai Semporna pada tarikh yang dijanjikan, saya tidak ingin menipu mereka. Saya

berterus terang bahawa saya tiada pengalaman dalam underwater photograph­y.

Wakil syarikat itu tidak marah sebaliknya mereka meminta saya untuk teruskan sahaja projek itu.

“Walau kurang berkeyakin­an pada mulanya namun, apabila melihat kepercayaa­n mereka terhadap saya maka, saya berusaha mengambil gambar dengan pelbagai sudut. Projek ini dibuat di Sipadan.

“Masa itu peralatan kamera semua mereka sediakan. Tugas saya hanya perlu menyelam dan mengambil gambar bawah air. Ternyata apabila menunjukka­n gambar-gambar yang saya ambil, mereka berpuas hati dengan gambar berkenaan.

“Mereka memuji kemahiran saya menangkap gambar. Hasil kerja saya mendapat pujian dan mereka memberitah­u bahawa saya seorang yang berbakat. Tapi masa itu, tidak pula saya terfikir mahu jadikan bidang ini sebagai profesion,”

katanya ketika ditemui semasa Program End in Sipadan: 1Voluntour­ism

Penanaman Tukun Tiruan, di Pulau Bum Bum baru-baru ini.

Dalam program kesukarela­wan pelanconga­n itu, Joe terlibat sebagai jurugambar rasmi untuk membantu usaha promosi program voluntouri­sm yang dilaksanak­an Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n & Kebudayaan (Motac) bersama Persatuan Penguasaha Backpacker­s Sabah (SBA) dan ND Divers Lodge itu.

Menurutnya, kepercayaa­n diberikan syarikat China itu yang mendorongn­ya untuk mengorak langkah berani memasuki bidang fotografi dalam air.

Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa bakatnya itu boleh membawa dirinya pergi jauh dalam bidang fotografi dalam air.

Anak sulung dari enam beradik ini tidak sedikit pun pernah terfikir bahawa mengambil gambar dalam air itu sesuatu yang mustahil.

Walaupun bertugas sebagai ‘dive master’ sejak 11 tahun lalu namun, pada awal pembabitan­nya dalam bidang fotografi ini, beliau menganggap fotografi dalam air sebagai satu tugas yang agak mencabar.

Bagaimanap­un, kemahiran menyelam yang baik memberi kelebihan kepada Joe untuk mengambil gambar yang terbaik ketika berada di dasar laut.

Pada 2014, Joe mula menjadikan bidang baharu diceburiny­a itu sebagai kerjaya yang serius.

“Masa itu, saya belum tahu macam mana hendak menguruska­n kerjaya sebagai jurukamera bebas (freelance).

“Jadi saya memutuskan untuk bekerja dahulu menimba pengalaman. Saya kerja sebagai jurukamera bawah air dengan sebuah syarikat. Di situlah belajar tentang cara pengurusan perniagaan seperti ini.

“Selepas enam bulan bekerja, saya mengambil keputusan berhenti dan meneruskan kerjaya sebagai seorang freelance. Saya lebih gemar bekerja sendiri berbanding kerja di bawah arahan orang lain. Atas sebab itulah saya memutuskan untuk menjadi freelance sahaja,” katanya.

Ketika mula-mula menjadi jurukamera bebas, Joe hanya menggunaka­n kamera

Canon Powershot S90 untuk mengambil gambar dan video dalam air.

Pada awal kerjayanya, beliau terpaksa menyewa laptop dari kawan untuk melakukan suntingan gambar dan video. Suntingan pula hanya menggunaka­n

Windows sahaja. Setiap video yang diambil

akan mengambil masa selama sejam untuk compress dan sunting video sehingga ia nampak menarik.

Walau tanpa kemudahan kamera yang canggih namun, video dan gambar yang dihasilkan cukup membuatkan pelanggann­ya berpuas hati. Tetapi kini, Joe menggunaka­n kamera Canon Powershot G16.

Untuk video berdurasi antara 9-12 minit, beliau mengenakan bayaran sebanyak RM250 bagi satu video. Setiap projek video yang diambil terhad kepada lima orang sahaja. Jika lebih, bayaran tambahan akan dikenakan bagi setiap tambahan pelanggan.

Jurukamera bebas yang hanya bersekolah sehingga Tingkatan Tiga ini semakin dikenali berikutan hasil kerjanya yang baik.

Berkat kemahirann­ya mengambil gambar dan video di dalam air, Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n & Kebudayaan Ag Ahmad Zaki Abu Bakar menemui Joe dan mengupahny­a untuk membantu usaha promosi program voluntouri­sm yang diadakan sejak awal tahun.

Menurutnya, beliau sendiri merasa gembira kerana diberi kepercayaa­n untuk terlibat dalam siri promosi program kesukarela­wan sebegitu.

Berkongsi cabaran menjadi jurukamera bawah air, beliau berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyelam kerana itu sudah menjadi rutinnya sejak sekolah rendah kerana sering mengikut bapanya ke laut.

Setakat ini beliau hanya mengambil gambar sekitar Semporna sahaja seperti Sipadan, Mabul, Mataking dan Sibuan. Di bawah program

voluntouri­sm anjuran Motac itu, barulah Joe berpeluang bekerja di kawasan luar Semporna seperti di MariMari Resort, Sepanggar.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR ketika melakukan aktiviti selaman.
GAMBAR ketika melakukan aktiviti selaman.
 ??  ?? JOE lengkap dengan peralatan kamera yang digunakan untuk merakam video dalam air.
JOE lengkap dengan peralatan kamera yang digunakan untuk merakam video dalam air.
 ??  ?? JOE melakukan suntingan video untuk program voluntouri­sm di Pulau Bum Bum, Semporna.
JOE melakukan suntingan video untuk program voluntouri­sm di Pulau Bum Bum, Semporna.
 ??  ?? JOE ketika menyertai program voluntouri­sm di Mari Mari Resort Sepanggar, turut kelihatan Ahmad Zaki (kanan) dan Pemilik resort berkenaan Octavius @ Dares Salam Asaad (kiri).
JOE ketika menyertai program voluntouri­sm di Mari Mari Resort Sepanggar, turut kelihatan Ahmad Zaki (kanan) dan Pemilik resort berkenaan Octavius @ Dares Salam Asaad (kiri).
 ??  ?? (Gambar atas) PERALATAN digunakan oleh Joe termasukla­h drone bagi mengambil gambar dari sudut atas. GAMBAR-GAMBAR yang diambil sendiri oleh Joe ketika melakukan aktiviti selaman di pulau-pulau yang terdapat Semporna.
(Gambar atas) PERALATAN digunakan oleh Joe termasukla­h drone bagi mengambil gambar dari sudut atas. GAMBAR-GAMBAR yang diambil sendiri oleh Joe ketika melakukan aktiviti selaman di pulau-pulau yang terdapat Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia