Utusan Borneo (Sabah)

‘Salam Baitullah’ secara langsung di TV1 mulai 19 Ogos

Secara langsung di TV1 mulai 19 Ogos

-

S

EMPENA musim haji ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan program ‘Salam Baitullah 2017’ yang memberikan maklumat dan informasi kepada bakal-bakal haji mengenai ibadah haji dan perkembang­an jemaah di tanah suci.

Program 16 episod ini disiarkan secara langsung mulai 19 Ogos hingga 3 September 2017, jam 9.00 10.00 malam di TV1. Siaran ulangan boleh diikuti setiap hari, mulai 20 Ogos hingga 4 September 2017, jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Siaran Langsung Salam Baitullah Edisi Khas (Wukuf) pula disiarkan pada 31 Ogos ini, jam 6.00 petang hingga 8.00 malam dan 9.00 hingga 11.00 malam.

Memasuki musim yang kelapan siarannya, program ini mengekalka­n pengacara Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoffree dan Heliza Helmi di samping jemputan tetamu-tetamu hebat seperti Dato’ Ustaz Kazim Elias, Imam Muda Asyraf, Dato’ Ustaz Dr. Izhar Ariff, Datuk dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustazah Dr. Nik Salida, Ustaz Ahmad Dusuki, Ustaz Farid Ravi, Ustazah Isfadiah dan ramai lagi.

Satu majlis sidang media diadakan bagi memperkena­lkan konsep dan format baharu program ini serta barisan penaja utama yang sentiasa menyokong dan bekerjasam­a menjayakan program tonggak RTM ini di Angkasapur­i, baru-baru ini.

Penaja utama Serai Mas Herbs Trading dengan tagline Jus Hidayah Gold, Raja Segala Herba serta penaja bersama Tabung Haji tahun ini menaja kru produksi Salam Baitullah ke tanah suci untuk membuat penggambar­an dan liputan haji di sana.

Kru terlibat adalah Fathilhida­yat Gazali dan Ahmad Muzaffarud­din Iskandar selaku penerbit lokasi tanah suci, Mohd Suhaimi Mahmud (jurukamera), juga dua juruteknik ENG iaitu Muhammad Asyraf Zakaria dan Mohd Jeffri Baharom.

Di samping itu, berita mengenai para jemaah haji bakal dibawakan menerusi bingkisan ‘Panggilan Haji’. Kru Salam Baitullah juga akan berkongsi ucapan jemaah menerusi bingkisan ‘Khabar Salam’.

Selain itu, paparan kisah jemaah yang dekat di hati penonton dan menyentuh perasaan juga disiarkan menerusi bingkisan ‘Lambaian Kasih’. Diikuti ‘Langsung Dari Tanah Suci’ pula membawakan ‘live telecast’ pelapor bersama jemaah di tanah suci situasi dan aktiviti mereka.

Program yang mendapat rating tertinggi pada musim haji ini sentiasa menjadi pilihan utama bukan sahaja penonton di Malaysia, malah Brunei dan Singapura juga tidak ketinggala­n mengambil bahagian menyertai kuiz dan panggilan telefon di studio.

Menariknya program ini juga diserikan dengan kehadiran para penonton dari pelbagai agensi seperti NGO, Pertubuhan setempat, pelajar Tahfiz dan wakil persendiri­an yang mengambil bahagian dalam sesi soal jawab bersama ahli panel dan tetamu jemputan.

Untuk lebih interaktif, soalan juga dibuka kepada penonton melalui Facebook ‘Salam Baitullah’.

Dengan tagline ‘Kemuncak Ibadah, Cahaya Hikmah’, Salam Baitullah tahun ini diharap dapat memberikan laporan yang terbaik kepada penonton setia RTM di samping menjadi wadah dalam melengkapk­an diri bagi mengerjaka­n Rukun Islam yang ke-5 kepada seluruh umat Islam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HELIZA HELMI
HELIZA HELMI
 ??  ?? KRU Produksi Salam Baitullah 2017.
KRU Produksi Salam Baitullah 2017.
 ??  ?? NORLIZA Ali Pengarah Program TV RTM menyampaik­an ucapan di majlis pelancaran.
NORLIZA Ali Pengarah Program TV RTM menyampaik­an ucapan di majlis pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia