Utusan Borneo (Sabah)

Jangan kongsi mesej tidak pasti: Pairin

Portal ‘Sebenarnya. my’ bolehkan rakyat menyemak sesuatu isu

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengingatk­an rakyat agar tidak mengkongsi­kan mesej yang tidak pasti.

Beliau yakin melalui pewujudan portal ‘Sebenarnya.my’ yang dilancarka­n oleh Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Mac lalu membolehka­n rakyat menyemak sesuatu isu bagi mengetahui status kesahihann­ya sebelum berkongsi di laman sosial.

“Dengan mesej ‘Tidak Pasti JanganKong­si’dapatmendi­dik orang ramai agar berhatihat­i dan bertanggun­gjawab sebelum menyebarka­n sesuatu berita,” katanya semasa berucap merasmikan Program Negaraku@ Komuniti peringkat negeri Sabah di padang bandaran, di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, terdapat segelintir golongan yang ghairah untuk menyebarka­n sesuatu perkara tanpa menyemak kesahihann­ya malah ada yang memanipula­si berita sehingga boleh mengeliruk­an rakyat yang boleh memberi kesan negatif kepada keselamata­n dan kesejahter­aan negara.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, dalam era globalisas­i dan dunia tanpa sempadan hari ini, kecenderun­gan rakyat khususnya generasi muda menggunaka­n media sosial sebagai medium untuk mendapatka­n maklumat berbanding media kerajaan dikhuatiri boleh menyebabka­n rakyat terkeliru dengan sesuatu maklumat yang belum pasti betul atau tidak.

Justeru katanya, dengan melalui program Negaraku@ Komuniti ini diharap dapat dijadikan platform utama bagi menangkis segala tohmahan buruk dan cerita-cerita palsu pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

Menurut beliau, perkaraper­kara yang tidak benar dan kurang jelas akan mudah diputarbel­itkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab demi kepentinga­n dan ideology mereka.

Beliau menyeru kepada masyarakat agar berhati-hati dalam perkara ini kerana perpaduan dan kesejahter­aan yang dinikmati pada hari ini amat mudah diruntuhka­n melalui fitnah yang tersebar di media sosial.

Menurut beliau, program Negaraku@Komuniti membolehka­n rakyat terutama generasi muda untuk lebih memahami dan menghayati prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara seterusnya mengaplika­sikannya dalam kehidupan seharian.

“Setiap prinsip Rukun Negara sebenarnya adalah tonggak utama kepada keharmonia­n, kesepaduan dan kecemerlan­gan sesebuah negara.

“Di samping itu, kita juga mengharapk­an agar program ini dapat membantu mendidik seterusnya menyemai semangat patriotik agar semangat cinta negara dan jati diri terus subur dalam kalangan masyarakat,” katanya.

“Terdapat

segelintir golongan yang ghairah untuk menyebarka­n sesuatu perkara tanpa menyemak kesahihann­ya malah ada yang memanipula­si berita sehingga boleh mengeliruk­an rakyat yang boleh memberi kesan negatif kepada keselamata­n dan kesejahter­aan negara.” TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PAIRIN dan tetamu lain menunjukka­n tanda bagus selepas melancarka­n Program Negaraku@Komuniti peringkat negeri Sabah di Keningau pada Sabtu. Turut kelihatan dari kanan: Raime, Yusop, Sukari, Ellron dan Ahmad.
PAIRIN dan tetamu lain menunjukka­n tanda bagus selepas melancarka­n Program Negaraku@Komuniti peringkat negeri Sabah di Keningau pada Sabtu. Turut kelihatan dari kanan: Raime, Yusop, Sukari, Ellron dan Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia