Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Umno berintegri­ti tinggi

Niat pembangkan­g laga-lagakan pemimpin tidak akan berjaya

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pemimpin Umno tidak akan termakan dengan strategi pembangkan­g yang cuba melaga-lagakan pemimpin parti, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau yakin dan percaya pemimpin Umno adalah pemimpin yang berintegri­ti tinggi maka, serangan seperti yang dilakukan mantan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) itu tidak akan berjaya melaga-lagakan pemimpin Umno.

“Memang pembangkan­g mensasarka­n presiden parti. Mereka cuba melagalaga­kan pemimpin Umno dan usaha sebegini sudah lama dilakukan tetapi, kita tidak akan termakan dengan strategi seumpama ini.

“Pemimpin kita mempunyai integriti tinggi, kita mempunyai perancanga­n masa depan yang baik demi kepentinga­n rakyat dan negara.

“Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memang tiada usaha untuk menjatuhka­n presiden (Umno). Ini hanya usaha Tun M untuk melaga-lagakan mereka,” katanya semasa ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Puteri Umno Sepanggar, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zahid yang mengakui mempunyai rakaman video pertemuann­ya dengan Tun M yang bukan bertujuan menjatuhka­n Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Kinabatang­an ini berkata beliau percaya rakyat dan ahli Umno lebih yakin dengan penjelasan pemimpin Umno berbanding pembangkan­g yang sering mengadu domba.

Pada 4 Ogos, Zahid membuat kenyataan bahawa beliau ada menemui Tun M beberapa hari selepas dilantik menggantik­an Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2015 namun, pertemuan itu adalah direstui sendiri oleh Perdana Menteri.

Tun M baru-baru ini mendakwa bahawa Zahid ada bertemu dengannya bagi mendapatka­n sokonganny­a untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi Felcra Berhad (Felcra) ini menyaranka­n Puteri Umno Sepanggar supaya memastikan jentera parti sentiasa bersiapsia­ga kerana pada bila-bila masa sahaja pilihan raya akan diadakan.

Katanya, Pilihan Raya Umum (PRU)-14 ini boleh dihitung dengan jari, berkemungk­inan ia akan diadakan dalam tempoh tiga mahupun enam bulan dari sekarang.

“PRU kali ini akan menentukan (masa depan) anak bangsa kita. Sama ada Umno masih diteruskan atau tidak.

“PRU-14 ini juga disifatkan ibu kepada segala PRU. Jika Umno mampu bertahan pada kali ini, ia bermakna Umno akan mampu bertahan untuk tempoh 50-100 tahun akan datang,” katanya.

Menurutnya, sebagai sebuah parti yang paling lama bertahan di dunia maka, ia perlu terus bertahan.

Dalam pada itu, Bung berharap kerusi yang dimenangi di kawasan Parlimen Sepanggar sebelum ini akan terus dipertahan­kan.

Beliau yakin dan percaya, Puteri Umno Sepanggar akan sentiasa menyokong dan tidak akan berpaling tadah walau siapa juga calon diketengah­kan dalam PRU-14.

Beliau juga menasihatk­an ahli parti supaya memberi keutamaan untuk membantu meletakkan parti ini pada kedudukan tertinggi.

Katanya, sebagai sebuah organisasi, Umno mempunyai banyak saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati maka, janganlah gunakan media sosial untuk menghentam parti.

“Apabila tindakan diambil, janganlah pula marah dengan parti. Kita sebagai sebuah organisasi mempunyai keahlian yang ramai. Maka, jika kita sukar untuk berkomunik­asi antara satu sama lain maka, kita perlu bersabar dan jangan cepat mengalah,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai Datuk Jainab Ahmad Ayid, Pemangku Ketua Bahagian Umno Sepanggar Datuk Yakub Khan dan Ketua Puteri Umno Sepanggar Fadilah Sarbi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memang tiada usaha untuk menjatuhka­n presiden (Umno). Ini hanya usaha Tun M untuk melaga-lagakan mereka. DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN Ahli Majlis Tertinggi Umno

 ??  ?? BUNG (tengah) bersama Yakub (tiga kiri), Jainab (dua kiri) dan Fadilah (tiga kanan) serta pemimpin kanan Umno Sepanggar yang lain.
BUNG (tengah) bersama Yakub (tiga kiri), Jainab (dua kiri) dan Fadilah (tiga kanan) serta pemimpin kanan Umno Sepanggar yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia