Utusan Borneo (Sabah)

Rebut peluang pendidikan disediakan kerajaan

-

KINARUT: Para pelajar diingatkan supaya merebut peluang pendidikan yang disediakan kerajaan dengan belajar bersungguh-sungguh sekali gus lahir sebagai modal insan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Ketua Puteri Umno Bahagian Kota Kinabalu Salmi Sarinoh berkata, segala peluang pendidikan itu tidak wajar diabaikan dan dipandang ringan oleh seseorang pelajar.

Menurutnya, program tuisyen rakyat menerusi Yayasan Pendidikan Mara dan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang ditawarkan­merupakanu­sahakeraja­an untuk memartabat­kan modal insan generasi Y yang merupakan pewaris kepimpinan negara.

“Sesiapa sahaja yang bergelar pelajar sudah pasti tahu akan kesukaran untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam semua subjek.

“Justeru, program tuisyen rakyat yang ditawarkan secara percuma ini perlu dimanfaatk­an supaya adik-adik di hadapan saya ini mempunyai nilai tambah untuk berjaya dan cemerlang dalam peperiksaa­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Program Tusiyen Rakyat YPM di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kinarut, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengetua MRSM Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat, Ketua Unit Akademk Suhaimi Basri wakil Pegawai Pendidikan Papar, guru-guru dan pelajar.

Kira-kira 100 pelajar tingkatan 5 daripada tujuh buah sekolah dari daerah Papar menyertai tuisyen tersebut.

Dalam pada itu Salmi menambah, ledakan teknologi dan dunia tanpa sempadan sekarang merupakan platform terbaik untuk para pelajar menambah pengetahua­n mengenai sesuatu perkara.

Katanya, dengan hanya sekali `klik’, semua bahan yang hendak dicari akan ditemukan.

“Oleh itu, tiada alasan untuk para pelajar menambah ilmu dan cemerlang dalam peperiksaa­n akan datang.

“Saya ingin ingatkan bahawa kepesatan teknologi itu tidak boleh disalah guna untuk aktiviti atau carian maklumat-maklumat tidak berguna,” katanya.

Selain itu Salmi berkata, peranan, jasa dan pengorbana­n para guru mendidik anak bangsa cukup mulia selain sukar dibayar dengan wang ringgit.

 ??  ?? SALMI bersama Gilbert , guru-guru dan pelajar bergambar kenangan.
SALMI bersama Gilbert , guru-guru dan pelajar bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia