Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Hidupan Liar perkasa aktiviti kesedaran

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Jabatan Hidupan Liar Sabah di sini terus memperkasa aktiviti kesedaran dan penguatkua­saan hidupan liar dan spesies yang dilindungi sepenuhnya.

Pegawainya Hussein Muin berkata, jabatan itu juga komited memantapka­n pelbagai usaha bagi membantera­s aktiviti penjualan dan pembelian telur penyu.

“Dalam memastikan dan mencapai keberkesan­an usaha ini, kita juga memperting­kat aktiviti penguatkua­saan melibatkan pelbagai agensi penguatkua­sa berkaitan. Antaranya Polis Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin serta Bahagian Penguatkua­saan Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Membantera­s Penjualan Telur Penyu bersama agensi berkaitan di pejabat Jabatan Hidupan Liar Sandakan, di sini pada Jumaat.

Baru-baruini,Mahkamah Sesyen Sandakan juga telah menjatuhi hukuman penjara dan denda terhadap seorang lelaki warga asing yang mengaku memiliki 3,000 telur penyu dari spesies penyu hijau.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, ia juga menjadi komitmen jabatan itu bersama agensi penguatkua­sa yang lain untuk terus membantera­s kegiatan itu secara berterusan.

Dalam pada itu katanya, orang ramai juga berperanan menjadi mata dan telinga kepada agensi penguatkua­sa bagi menyalurka­n aktiviti penjualan telur penyu atau hal berkaitan.

Pada mesyuarat itu, pengamal media sekitar Sandakan turut menerima sijil penghargaa­n dalam sama-sama menjayakan aktiviti penguatkua­saan pemulihara­an hidupan liar 1997.

 ??  ?? SESI Mesyuarat Membantera­s Penjualan Telur Penyu bersama agensi berkaitan.
SESI Mesyuarat Membantera­s Penjualan Telur Penyu bersama agensi berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia