Utusan Borneo (Sabah)

Najib, Johari bakal meriahkan sambutan Hari Malaysia 2017

- Penerangan.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bakal hadir untuk sama-sama memeriahka­n majlis sambutan Hari Malaysia 2017 di perkaranga­n kawasan letak kereta Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 16 September ini.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga pengerusi bersama Sambutan Hari Malaysia 2017 Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin juga akan menjadi tetamu khas pada majlis sambutan yang bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’.

“Pada tahun ini Sabah menjadi tuan rumah, pelbagai acara kita sediakan untuk mengisi sambutan ini.

“Selain ucapan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah majlis malam itu akan diisi dengan pelbagai acara hiburan dan persembaha­n khas.

“Seramai 1,500 orang bakal terlibat dalam persembaha­n istimewa pada malam kemuncak nanti,”katanya dalam satu sidang media di sini.

Masidi bagi pihak kerajaan negeri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said dan Kementeria­nnya atas persetujua­n membiayai sepenuhnya majlis sambutan Hari Malaysia tahun ini.

“Sambutan ini kita buat dalam bentuk lebih santai, kita mahu rakyat lebih selesa, kerana perayaan ini milik mereka.

“Kita memberi kesegaran dalam persembaha­n untuk memastikan penonton tidak bosan seolah-olah melihat ulang tayang persembaha­n pada sambutan yang lalu.

“Sambutan ini jadi penyubur jiwa dan semangat kita sebagai rakyat atau warganegar­a Malaysia,”jelasnya lagi.

Seramai10r­ibuorangpe­ngunjung dari pelbagai lapisan masyarakat seperti kakitangan awam, badan bukan kerajaan, persatuan belia dan badan sukarela dijangka bakal memeriahka­n sambutan itu.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datu Rosmadi Datu Sulai.-

 ??  ?? MASIDI 2017. (dua dari kanan) meneliti program-program yang diatur dalam Sambutan Hari Malaysia
MASIDI 2017. (dua dari kanan) meneliti program-program yang diatur dalam Sambutan Hari Malaysia
 ??  ?? MASIDI 2017. semasa sidang media majlis sambutan Hari Malaysia
MASIDI 2017. semasa sidang media majlis sambutan Hari Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia