Utusan Borneo (Sabah)

Usaha bangunkan pendidikan Sabah

Kerajaan sumbang RM200,000 kepada Institut Sinaran

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyumbang­kan sejumlah RM200,000 kepada dana pendidikan Institut Sinaran.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, sumbangan berkenaan adalah usaha kerajaan yang komited dalam pembanguna­n pendidikan di Sabah.

“Sumbangan RM200,000 sebagai dana pendidikan Institut Sinaran ini adalah untuk membiayai program dan aktiviti pendidikan mereka.

“Semoga perjalanan selama 30 tahun ini, Institut Sinaran akan terus melakukan perbezaan dan melahirkan ramai pemimpin muda pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Ulang Tahun ke-30 Institut Sinaran, di sini pada Sabtu.

Musa berkata, sejak wujudnya Institut Sinaran yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pre-Universiti Tshung Tsin pada 1987 jelas memberikan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda.

Jelasnya, bukan sahaja peningkata­n jumlah kemasukan pelajar dari tahun ke tahun tetapi juga ramai bekas pelajar Institut Sinaran telah berjaya dengan cemerlang dan berkhidmat melalui bidang atau kerjaya yang mereka pilih.

Tambahnya, salah satu teras utama dalam Program Transforma­si Nasional 2050 (TN50) adalah memastikan generasi muda dilengkapi dengan baik ilmu untuk dibawa ke alam pekerjaan pada masa depan.

“Melalui ramalan hampir 65 peratus jenis pekerjaan dan profesion yang ada mungkin akan berlebihan dalam tempoh 30 tahun atau lebih apabila teknologi memainkan peranan yang lebih dominan.

“TN50 adalah satu inisiatif untuk merancang masa depan Malaysia kerana negara ini berusaha untuk menjadi antara negaranega­ra terulung di dunia dalam pembanguna­n ekonomi, kesejahter­aan rakyat dan inovasi.

“Banyak penekanan akan diberikan dalam mempelopor­i golongan muda untuk memanfaatk­an dan memimpin ekonomi digital,” jelasnya.

Menurutnya, melalui tema ulang tahun ke-30 Institut Sinaran iaitu Memupuk Keusahawan­an melalui Pendidikan Holistik sangat tepat apabila kemajuan sosioekono­mi menjadi salah satu tonggak dari sebuah negara yang kuat.

“Terdapat keperluan untuk memberi penekanan kepada pembanguna­n minda kreatif dan inovatif serta kemahiran keusahawan­an, selain komunikasi yang efektif dan kemahiran dalam dalam pengurusan kewangan.

“Pembanguna­n pesat Malaysia memerlukan tenaga kerja yang mampu belajar, menyesuaik­an diri dan mengaplika­sikan pengetahua­n secara berkesan bagi menepati dasar kerajaan untuk masa depan,” katanya.

Jelasnya, di Sabah, banyak kemajuan yang telah dicapai dalam pembanguna­n, terutamany­a industri pelanconga­n, pertanian dan pembuatan iaitu tiga sektor yang memacu agenda pembanguna­n negeri.

“Untuk memacu industri ini dan sektor-sektor baharu, penekanan diberikan kepada pembanguna­n modal insan.

“Sabah memberi tumpuan kepada program pembinaan kapasiti yang mana beberapa di antaranya dijalankan dengan sokongan daripada Kerajaan Persekutua­n, agensi lain dan pemain industri yang berkaitan.

“Dengan pusat kemahiran dan peluang pendidikan tinggi tempatan termasuk di pusat pendidikan Sandakan, lepasan sekolah dapat menyumbang dengan lebih berkesan kepada pertumbuha­n kita apabila mereka memperoleh pengetahua­n yang mereka perlukan di pusat pendidikan seumpama ini,” jelasnya.

Tambahnya, pendidikan juga memainkan peranan penting dalam mencapai ekonomi yang dipacu oleh Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

“Sumbangan berkenaan adalah usaha kerajaan yang komited dalam pembanguna­n pendidikan di Sabah. ” DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA (dua kiri) memalu gong sebanyak tiga kali sebagai tanda menyempurn­akan gimik perasmian majlis Ulang Tahun ke-30 Institut Sinaran.
MUSA (dua kiri) memalu gong sebanyak tiga kali sebagai tanda menyempurn­akan gimik perasmian majlis Ulang Tahun ke-30 Institut Sinaran.
 ??  ?? MUSA (tengah) mengetuai upacara pemotongan kek Ulang Tahun ke-30 Institut Sinaran.
MUSA (tengah) mengetuai upacara pemotongan kek Ulang Tahun ke-30 Institut Sinaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia