Utusan Borneo (Sabah)

Canon tampil dengan kamera full frame paling ringan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Tampil dengan kelebihan sebagai kamera paling ringan di dunia yang dilengkapi dengan sensor

full frame, Canon Eos 6D Mark II dilihat mempunyai menarik minat penggemar fotografi di negeri ini.

Pakar Produk Canon Malaysia Cliff Pek

(gambar) berkata kamera ini memudahkan pelanggan untuk mengambil gambar yang jelas di tempat yang kurang bercahaya.

Kamera model 6D Mark terbaharu ini juga memiliki Cmos AF yang membolehka­n gambar subjek lebih fokus dengan latar belakang yang lebih kabur.

Menurutnya model ini dikeluarka­n bagi memenuhi keperluan pelanggan yang gemar membawa kamera lebih ringan tetapi mempunyai imej gambar yang berkualiti. Saiz gambarnya adalah 26.2 megapixel.

“Kami faham masyarakat kita pada hari ini gemar melancong dengan membawa kamera ke mana sahaja. Jadi kami yakin, fungsi yang ada pada kamera DSLR terbaru ini sesuai untuk pelanggan yang gemarkan fotografi tanpa perlu memikirkan betapa beratnya kamera yang dibawa,” katanya ketika ditemui semasa Siri Jelajah Canon Eos 6D Mark II, di sini pada Sabtu.

Kamera terbaharu ini juga dilengkapi dengan Wifi, NFC, Bluetooth dan GPS.

Menurutnya sejak model terbaharu 6D Mark itu dilancarka­n (Julai), mereka menerima maklumbala­s yang baik dalam kalangan pelanggan. Ramai pelanggan mula bertanya tentang kelebihan dan spesifikas­i kameran ini sejak pelancaran­nya di Malaysia.

Cliff berkata satu lagi model baharu yang ingin diperkenal­kan dalam siri jelajah di sini adalah Canon Eos 200D APS-C yang bersaiz seperti ‘compact camera’. Ia dilengkapi dengan 24 megapixel dan ia juga mempunyai dual pixel Cmos AF untuk mudahkan fokus terhadap subjek.

Kamera Eos 200D ini juga amat sesuai untuk mengambil gambar subjek yang bergerak.

Mengenai pelanggan yang datang, pelanggan mereka terdiri daripada golongan profesiona­l dan penggemar fotografi.

Dalam siri jelajah itu, pelanggan canon turut diberikan pembersiha­n sensor secara percuma. Program itu juga memberi peluang kepada canon untuk memberi penerangan kepada pelanggan tentang kelebihan dan spesifikas­i Canon 6D Mark II ini.

Turut hadir dalam program jelajah itu adalah Duta Canon Malaysia Eos Adam Adzim, Pengurus Cawangan Canon Kota Kinabalu Calvin Liew.

 ??  ?? CLIFF (kanan) bersama Calvin (kiri) dan Adam (dua kanan) memperliha­tkan model terbaharu Canon Eos 6D Mark II dan Eos 200D.
CLIFF (kanan) bersama Calvin (kiri) dan Adam (dua kanan) memperliha­tkan model terbaharu Canon Eos 6D Mark II dan Eos 200D.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia