Utusan Borneo (Sabah)

Umno Semporna masih utuh, setia kepada parti: Nasir Sakaran

-

SEMPORNA: Umno Semporna masih utuh dengan 459 cawangan yang setia kepada parti dan kepimpinan sedia ada, kata Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Sakaran.

Katanya sekalipun Bahagian itu pernah berdepan krisis sehingga didakwa terkubur apabila kononnya 350 cawangan keluar parti, perkara tersebut tidak mematahkan semangat anggota yang terus berusaha mendekati dan membantu rakyat.

“Umno Semporna berdepan cabaran dengan semangat kesetiaan dan perpaduan untuk terus kekal berdiri selari dengan Umno di bahagianba­hagian yang lain.

“Usaha memperkasa­kan Umno Semporna tidak pernah berhenti malah semua anggota memainkan peranan gerak kerja menjelajah setiap kampung menjelaska­n kepada rakyat mengenai agenda perjuangan parti dan kini Umno Semporna kembali ampuh dan kekal relevan,” katanya.

Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata demikian ketika berucap pada Persidanga­n Perwakilan Umno Semporna di sini pada Sabtu yang dirasmikan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Nasir berkata anggota Umno perlu mengutamak­an parti dan bukan individu kerana pemimpin datang dan pergi namun parti tidak mungkin berkubur.

Beliau turut menyeru anggota Umno Semporna untuk meningkatk­an usaha mendekati dan memberi kefahaman kepada rakyat bahawa pilihan raya umum ke-14 bukan medan menguji atau melepaskan geram, sebaliknya wadah untuk memilih kerajaan berwibawa dan bertanggun­gjawab kepada rakyat.

“Jika Umno masih menjadi pilihan pengundi maka kita akan dapat melihat Semporna menerima perhatian kerajaan, oleh itu sokongan padu daripada ahliahli Umno sangat penting,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia