Utusan Borneo (Sabah)

Kaunter BNM dibanjiri pengunjung

Sempena Karnival Kewangan Sabah 2017

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Ramai yang hadir ke kaunter Bank Negara Malaysia (BNM) pada Karnival Kewangan Sabah 2017 untuk mengemas kini data dan khidmat nasihat khususnya Permohonan Laporan Kredit (CCRIS).

Pengarah Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah BNM Datin Arlina Ariff berkata, pada hari pelancaran karnival itu, kaunter BNM dibanjir lebih daripada 400 pengunjung untuk mengemas kini status kewangan masingmasi­ng.

“Saya menjangkak­an kehadiran orang ramai ke kaunter ini akan meningkat sehingga di hari akhir karnival ini iaitu pada Ahad.

“Dalam karnival ini, saya dan para pengawai BNM mengambil kesempatan menjelaska­n kepada orang ramai bahawa mereka yang mempunyai rekod tidak baik dan dimasukkan dalam CCRIS adalah bukan disenaraih­itamkan sebaliknya mempunyai peluang yang rendah untuk mendapatka­n pinjaman dari bank,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Karnival Kewangan Sabah 2017 di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, walaupun CCRIS telah diwujudkan lebih kurang 10 tahun di negara ini, namun masih ramai orang tidak sedar akan kewujudan sistem itu.

Katanya, orang ramai dinasihatk­an agar untuk mengemas kini laporan CCRIS dua kali setiap tahun untuk mengetahui status terkini kewangan mereka agar boleh mengurus dengan lebih baik pada masa hadapan.

“Saya juga ingin menasihatk­an agar orang ramai menjauhi daripada Skim Cepat Kaya agar tidak ditipu,” katanya.

Sementarai­tu,salahseora­ng pengunjung di kaunter BNM Zakariah Suhara, 37, berkata, dia mendapat maklumat mengenai karnival yang diadakan dari isterinya.

“Pada hari ini saya datang untuk mengetahui status kewangan saya menerusi kaunter CCRIS yang disediakan oleh BNM.

“Pada masa yang sama, saya juga ingin mendapatka­n maklumat untuk pembiayaan semula pinjaman perumahan,” katanya.

Zakariah yang berasal dari Semporna berkata, dia telah dinasihatk­an untuk membuat satu temu janji dengan agensi berkaitan untuk perkara itu.

Katanya, karnival yang diadakan itu sangat penting dan sesuai kepada semua generasi khususnya pengetahua­n dalam pengurusan kewangan masing-masing demi masa depan yang lebih baik.

Sementara itu, Siti Rupia Mjain,50, adalah seorang guru di Sekolah Kebangsaan Inanam Dua berkata, dia dan empat guru lain bertanggun­gjawab untuk membawa 50 orang murid untuk datang ke karnival itu.

“Semua murid adalah dari tahun empat, lima dan enam dan mereka ditaja oleh RHB Bank. Para murid diberikan taklimat atau pendidikan mengenai pentingnya menabung dari usia muda dan kepentinga­n memiliki insuran.

“Karnival seumpamany­a adalah penting kepada ibubapa untuk mengetahui peluang yang diwujudkan kepada anak-anak kecil,” katanya.

Katanya, menabung untuk anak adalah satu usaha yang baik bagi menjamin pendidikan masa depan mereka.

Siti turut menjelaska­n bahawa sekiranya diberikan peluang lagi di masa hadapan, sekolah itu sekali lagi ingin menyertai karnival seumpamany­a.

Dalam karnival ini, saya dan para pengawai BNM mengambil kesempatan menjelaska­n kepada orang ramai bahawa mereka yang mempunyai rekod tidak baik dan dimasukkan dalam CCRIS adalah bukan disenaraih­itamkan sebaliknya mempunyai peluang yang rendah untuk mendapatka­n pinjaman dari bank DATIN ARLINA ARIFF Pengarah Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah BNM

 ??  ?? LAWAT .... Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah merasmikan Mini Karnival Kewangan anjuran Bank Negara Malaysia di Suria Sabah pada Sabtu. Turut hadir ialah Datuk Seri Panglima Raymond Tan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri...
LAWAT .... Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah merasmikan Mini Karnival Kewangan anjuran Bank Negara Malaysia di Suria Sabah pada Sabtu. Turut hadir ialah Datuk Seri Panglima Raymond Tan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri...
 ??  ?? ZAKARIAH
ZAKARIAH
 ??  ??
 ??  ?? SITI (kanan) bersama guru dan tiga orang muridnya.
SITI (kanan) bersama guru dan tiga orang muridnya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia