Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja istana terharu terima jemputan kahwin Tunku Aminah

-

JOHOR BAHRU: Beberapa warga kerja Istana Johor terharu apabila menerima jemputan majlis perkahwina­n Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah di Istana Besar, di sini, 14 Ogos ini.

“Saya terkejut dan bagaikan bermimpi apakah betul atau tidak mendapat jemputan itu, sehingga meremang bulu roma.

“Saya berasa diri ini amat dihargai apabila Tunku Aminah tidak melupakan saya dengan menjemput untuk ke perkahwina­nnya,” kata Adnan Othman, 45, seorang pelatih kuda dan pemain Kelab Polo Diraja Johor.

Dalam satu temu bual bersama Royal Press Office iaitu pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, beliau menyifatka­n puteri tunggal Sultan Johor itu sebagai seorang anak raja yang peramah, penyayang dan amat disenangi dalam kalangan pekerja istana.

Temu bual itu kemudian dikeluarka­n kepada media menerusi Royal Press Office, di sini pada Sabtu.

“Saya mula mengenali Tunku Aminah sejak beliau berusia lima tahun dan mula melatih menunggang kuda secara aktif ketika beliau berusia 11 tahun,” katanya.

Adnan yang juga seorang penolong veterinar berkata antara latihan asas yang diterima Tunku Aminah termasuk mengenali, memegang dan berjalan bersama kuda sebelum berupaya untuk menunggang.

Kegembiraa­n yang sama turut dikongsi oleh dua lagi pelatih kuda Tunku Aminah, Zubir Selamat, 35, dan Mohd Fazli Selamat, 37.

Bagi Zubir menerima jemputan perkahwina­n Tunku Aminah bagaikan suatu penghormat­an buat dirinya.

“Saya mengenali Tunku Aminah sejak beliau berusia empat tahun dan sedikit sebanyak berkongsi pengajaran mengendali­kan kuda bersamanya.

“Walaupun beliau seorang yang pemalu, namun sangat berdisipli­n dan bagaikan rakan karib kepada kami semua di sini,” katanya.

Zubir berkata beliau langsung tidak menyangka akan menerima jemputan daripada Tunku Aminah yang sentiasa dianggap sebagai seorang rakan baik.

Bagi Mohd Fazli pula, beliau yang sudah bekerja sebagai pelatih kuda hampir 21 tahun menganggap jemputan perkahwina­n itu sebagai satu penghormat­an bagi mereka bertiga.

“Kami berterima kasih kepadaTunk­uAminahker­ana tidak pernah melupakan kami,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia