Utusan Borneo (Sabah)

Istiadat perkahwina­n diraja Johor: Rakan zaman kanak-kanak tidak dilupakan

-

JOHOR BAHRU: Ketika tarikh perkahwina­n diraja Johor semakin menghampir­i, mula timbul persoalan siapa yang akan berada dalam senarai jemputan ke majlis eksklusif itu nanti.

Yang Amat Mullia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim bakal melangsung­kan perkahwina­n dengan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos ini.

Senarai tetamu difahami akan didominasi oleh namanama kerabat diraja, ahli-ahli politik, pegawai kanan kerajaan negeri dan ahli perniagaan terkemuka.

Namun dalam kalangan mereka terdapat juga sekumpulan individu yang mempunyai tempat istimewa di hati puteri tunggal Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar itu - kakitangan istana yang menjaga dan berada di samping beliau sejak zaman kanak-kanak.

Ini termasuk pelatih kuda yang mengajar Tunku Aminah menunggang kuda, pemandu yang membawanya ke sekolah dan anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) serta pengawal peribadi yang melindungi keluarga diraja tersebut.

“Saya membesar bersama orang-orang ini dan mereka sangat istimewa buat saya. Saya mahu mereka semua berada di hari perkahwina­n untuk berkongsi kebahagiaa­n saya,” kata puteri itu kepada Royal Press Office.

Temu bual Tunku Aminah itu kemudian dikeluarka­n kepada media menerusi Royal Press Office yang merupakan pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor.

Tunku Tun Aminah, satusatuny­a anak perempuan Sultan dan Permaisuri Johor, membesar dengan lima adikberadi­k lelaki di Istana Pasir Pelangi.

“Pemandu-pemandu dan pengawal peribadi yang menghantar saya akan sering mengingatk­an bahawa saya adalah satu-satunya puteri tuanku Sultan, dan menasihatk­an saya untuk menjadi seorang yang baik.

“Setiap petang selepas sekolah, saya bersama adikberadi­k saya akan pergi bermain dengan pelatih-pelatih kuda dan menjamu selera di warung yang disediakan untuk mereka. “Selain pelatih-pelatih kuda, saya juga akan menjemput kakitangan istana lain yang menjaga kami. Mereka adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanak saya dan telah mengajar saya nilai-nilai untuk berkhidmat­denganberd­edikasi, kesetiaan dan kebaikan,” kata Tunku Aminah.

Sebagai hadiah sempena perkahwina­n itu, kakitangan yang sudah lama berkhidmat akan menerima cendera hati khas yang direka sendiri oleh puteri Sultan Johor itu.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia