Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk dakwa syarikat perlombong­an emas ceroboh tanah

-

TANAH MERAH: Kira-kira 150 penduduk Kampung Sokor di sini pada Sabtu berhimpun secara aman bagi membantah tindakan beberapa syarikat perlombong­an emas yang didakwa menceroboh ladang getah mereka di sekitar kawasan Bukit Cadang, Bukit Saujana dan Bukit Kandang Kerbau.

Mereka mendakwa pokok getah mereka telah dimusnahka­n syarikat berkenaan untuk melombong bahan mineral itu sejak dua bulan lepas.

Seorang daripada penduduk berkenaan, Mohd Roffi Seman, 53, berkata sebelum ini ada wakil daripada syarikat berkenaan datang berjumpa dengan penduduk dan berjanji akan bayar pampasan antara RM17 dan RM25 bagi sebatang pokok yang ditebang.

“Namun sehingga kini, selepas dua bulan pokok getah ditebang, peneroka masih belum terima sebarang pampasan daripada syarikat terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita.

Katanya penduduk pernah mengadakan perjumpaan dengan wakil daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah bagi mendapatka­n pengesahan berhubung aktiviti perlombong­an di kawasan tersebut dan dimaklumka­n pihakjabat­an tidakmenge­tahui dan meluluskan sebarang aktiviti perlombong­an di kawasan tersebut.

“Justeru, saya menggesa kerajaanne­geriagarme­lakukan siasatan terperinci berhubung perkara berkenaan kerana ia telah menjejaska­n satusatuny­a sumber pendapatan bagi penduduk,” katanya.

Hassan Mat Yusoff ,67, berkata dia sedih apabila sebahagian kebun getah yang diusahakan­nya musnah ditebang dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

“Jika pihak terbabit mahu membayar pampasan biarlah ia setimpal dengan kos, kerugian dan usaha yang saya telah curahkan selama ini,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia