Utusan Borneo (Sabah)

Najib garis empat prinsip

Untuk capai pembanguna­n modal insan secara holistik

-

KUANTAN:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggarisk­an empat dimensi dan prinsip untuk mencapai pembanguna­n modal insan secara holistik bagi menjamin perkembang­an ekonomi mampan di negara ini.

Beliau berkata prinsip pertama adalah memastikan seramai mungkin rakyat mempunyai tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi bagi membolehka­n mereka memenuhi kehendak industri dan sektor pekerjaan di negara ini.

Yangkedua,katanyaker­ajaan mahu melihat pendapatan rakyat terus bertambah dengan meningkatk­an kemahiran sedia ada kerana mereka yang berkemahir­an tinggi akan menjana pendapatan lebih baik berbanding pekerja biasa.

“Jika hendak dibandingk­an pendapatan seorang pekerja mahir dengan pekerja separa mahir sudah tentu pendapatan pekerja mahir lebih tinggi, begitu juga pendapatan seorang doktor biasa dengan doktor pakar tentu doktor pakar lebih tinggi.

“Jadi sebagai sebuah kerajaan kita mahukan pendapatan rakyat terus meningkat dengan meminta mereka menambah kemahiran sedia ada,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman Kampus Cawangan Pahang di Indera Mahkota, di sini, pada Sabtu.

Majlis perasmian itu disempurna­kan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman merangkap Menteri Pengangkut­an dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Selain itu, Najib berkata kerajaan turut memberi peluang sama rata kepada masyarakat bandar atau luar bandar, kaya atau miskin, atau mana-mana kumpulan etnik untuk meningkatk­an tahap sosial ekonomi mereka.

“Sekiranya mereka ada kehendak untuk mencapai kejayaan, kerajaan patut sediakan peluang dan satusatuny­a kekangan adalah sama ada anda mempunyai cita-cita atau usaha untuk berjaya,” katanya.

Menurut Najib, prinsip terakhir pula memastikan generasi murid dan pelajar pada masa kini bersedia dengan kemahiran untuk mengisi jawatan atau pekerjaan pada masa depan, yang masih belum wujud pada masa kini seperti teknologi robotik dan teknologi nano. -Bernama

Jadi sebagai sebuah kerajaan kita mahukan pendapatan rakyat terus meningkat dengan meminta mereka menambah kemahiran sedia ada. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

 ??  ?? TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah (dua, kanan) menarik belon gergasi sambil disaksikan Najib (kanan) sebagai simbolik merasmikan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman Kampus Cawangan Pahang di Indera Mahkota. -Gambar Bernama
TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah (dua, kanan) menarik belon gergasi sambil disaksikan Najib (kanan) sebagai simbolik merasmikan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman Kampus Cawangan Pahang di Indera Mahkota. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia