Utusan Borneo (Sabah)

Isu China: Vietnam lobi ketegasan Asean

Aktiviti perluasan Beijing di Laut China Selatan memburukka­n pertikaian wilayah strategik itu

-

Menurut salinan draf, Vietnam melobi Asean untuk meluahkan kebimba-ngan serius berhubung pem-binaan di laut itu, merujuk kepada pembinaan pulau tiruan China yang menjadi-jadi di perairan yang dipertikai sejak beberapa tahun lalu, yang berupaya menempatka­n

tentera.” pangkalan

MANILA: Vietnam menggesa rakan-rakan Asia Tenggara untuk berpendiri­an lebih tegas terhadap aktiviti perluasan China di Laut China Selatan, tatkala forum keselamata­n wilayah bermula tegang semalam dengan Korea Utara turut dikecam berhubung program nuklearnya.

Menjelang pelancaran perhimpuna­n tahunan menterimen­teri luar 10 negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean), Vietnam membuat sejumlah cadangan perubahan pada pelan perhimpuna­n bersama.

Ia menetapkan pentas bagi diplomasi tegang di ibu negara Filipina, di mana diplomat kanan dari China, Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), Rusia dan Korea Utara akan menyertai rakan Asean dan negara Asia Pasifik lain untuk rundingan keselamata­n mulai hari ini.

Mesyuarat akan berlangsun­g ketika Majlis Keselamata­n PBB mengundi hujung minggu ini mengenai resolusi yang didraf Amerika Syarikat (AS) untuk memperketa­t sekatan ke atas Korea Utara sebagai hukuman bagi ujian misil dan nuklearnya.

AS berkata, ia juga mahu membina tekanan bersekutu ke atas Utara pada acara di Manila itu yang dikenali sebagai Forum Wilayah Asean, dan Menteri Luar Filipina Alan Peter Cayetano berkata Pyongyang akan menerima mesej keras.

Namun mengenai pertikaian wilayah di Laut China Selatan, konsesi kurang menyeluruh dengan Vietnam menolak cubaan Filipina untuk meredakan Beijing, menurut para diplomat.

Vietnam pada malam kelmarin cuba memasukkan teguran keras terhadap China dalam kenyataan Asean yang dijadual dikeluarka­n selepas menteri-menteri Asia Tenggara selesai berunding semalam.

Menurut salinan draf, Vietnam melobi Asean untuk meluahkan kebimba-ngan serius berhubung pem-binaan di laut itu, merujuk kepada pembinaan pulau tiruan China yang menjadi-jadi di perairan yang dipertikai sejak beberapa tahun lalu, yang berupaya menempatka­n pangkalan tentera.

Vietnam juga mahu Asean menegaskan dalam kenyataan itu bahawa kod tingkah laku yang dirancang untuk laut tersebut dengan Chian sebagai diikat oleh undang-undang, namun ditentang Beijing.

Proses melobi dibuat ketika menteri-menteri luar Asean mengadakan rundingan tidak formal di luar jadual lewat malam kelmarin.

China menuntut kedaulatan ke atas hampir kesemua wilayah laut strategik itu termasuk perairan dekat pantai Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.

Selain Vietnam, Filipina pernah menjadi pengkritik paling lantang aktiviti perluasan Beijing.

Namundibaw­ahpemerint­ahan Presiden Rodrigo Duterte, Filipina mengurangk­an retoriknya untuk mendapatka­n pelabu-ran dan bantuan berbilion dolar daripada China.

China juga berjaya melobi negara-negara Asean lain khususnya Kemboja untuk menyokong langkah diplomatik­nya dalam pertikaian itu.

Pada upacara perasmian Asean pagi semalam, Cayetano mengesahka­n perdebatan hangat berlangsun­g kelmarin.

“Maafkan suara saya, rakanrakan sekalian, kita berjaga sehingga hampir tengah malam malam tadi.

“Dalam cara Asean yang sebenar, kita mampu memperdeba­t kepentinga­n negara kita,” kata Cayetano.

Hari ini Asean akan mengendors rangka kerja kod tingkah laku dengan China, yang akan membuka jalan kepada tindakan lebih konkrit. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia