Utusan Borneo (Sabah)

Panda gergasi lahir kembar di zoo Perancis, seekor mati

-

SAINT-AIGNAN-SURCHER: Kegembiraa­n dan kesengsara­an dirasai penjaga zoo di Perancis kelmarin apabila panda betina mereka melahirkan anak kembar, tetapi satu mati tidak lama kemudian.

Huan Huan, yang dipinjamka­n kepada zoo Beauval di tengah Perancis dari China, melahirkan anak pertama jam 10.18 malam waktu tempatan dan anak kedua jam 10.32 malam.

Namun tidak lama selepas kelahiran, anak pertama yang hanya seberat 121 gram sahaja, mula mengalami masalah pernafasan dan mati walaupun kakitangan zoo berusaha sedaya upaya untuk menyelamat­kannya.

“Ia terlalu lemah untuk hidup. Pakar dari China, yang ada pengalaman dalam perkara ini, melihatnya sertamerta,” kata pengarah zoo Rodolphe Delord.

“Pasukan veterinar kami melakukan segalanya yang terdaya untuk menyelamat­kannya, tetapi ia terlalu kecil, terlalu lemah.”

Namun dia berkata kembar kedua, yang ditimbang pada berat 142.4 gram yang lebih sihat, mempamerka­n “kesihatan yang amat baik sekali”.

Anak panda itu telah disimpan dalam inkubator supaya veterinar dapat membantu ibu kali pertama Huan Huan, kata pegawai zoo.

Huan Huan, sembilan tahun, dan teman lelakinya Yuan Zi tiba di zoo Beauval pada Januari 2012 untuk dipinjamka­n selama 10 tahun dari China setelah rundingan peringkat tinggi yang intensif antara Paris dan Beijing — dengan membawa seekor anak.

Membiak panda amat sukar sekali dan ini adalah kali pertama anak panda dilahirkan di Perancis.

Panda wanita itu hanya dalam kepanasan sekali setahun selama kira-kira 48 jam. Tempoh kehamilan bagi panda adalah hanya 50 hari sahaja.

Huan Huan (yang bermaksud ‘gembira’) dan Yuan Zi (montel) adalah panda-panda gergasi tunggal yang tinggal di Perancis.

Pasangan itu disatukan pada Februari lalu, dengan harapan mereka akan mengawan, tetapi ia tidak berlaku. Pada akhirnya, zoo melakukan persenyawa­an tiruan.

Jika segalanya berjalan lancar dengan kelahiran berkenaan, anak yang masih hidup akan meninggalk­an Beauval dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang untuk dikembalik­an kepada China. — AFP

 ??  ?? KOMBINASI gambar menunjukka­n rakaman skrin yangmemapa­rkanHuanHu­an di dalam kandangnya selepas melahirkan anak kembar di Zoo Beauval di Saint-Aignansur Cher di tengah Perancis kelmarin. Gambar kanan menunjukka­n salah seekor panda kembar tersebut yang...
KOMBINASI gambar menunjukka­n rakaman skrin yangmemapa­rkanHuanHu­an di dalam kandangnya selepas melahirkan anak kembar di Zoo Beauval di Saint-Aignansur Cher di tengah Perancis kelmarin. Gambar kanan menunjukka­n salah seekor panda kembar tersebut yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia