Utusan Borneo (Sabah)

Lawat zon banjir, ketua pembangkan­g India diserang perusuh

-

AHMEDABAD: Kereta ketua pembangkan­g di India, Rahul Gandhi, diserang oleh perusuh yang melontar batu ketika beliau melawat sebuah wilayah yang dilanda banjir dalam negeri Gujarat, dan pemimpin partinya menyalahka­n penyokong Perdana Menteri Narendra Modi.

Kumpulan perusuh yang membawa bendera hitam cuba menghalang konvoi Gandhi kelmarin dan walaupun beliau tidak cedera dalam serangan itu, tingkap keretanya telah dipecahkan, imej televisyen menunjukka­n.

Polis telah menahan seorang lelaki dan sedang menyiasat insiden itu, Press Trust of India melaporkan.

Gandhi, 47 tahun, keturunan dinasti NehruGandh­i yang memerintah India selama berdekad-dekad menerusi Parti Kongres, mahu menghidupk­an semula nasib parti setelah ia digulingka­n dalam pilihan raya umum pada 2014 dan beberapa kekalahan dalam pilihan raya negeri sejak itu.

Beberapa pemimpin kanan Kongres menuduh Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi yang memerintah negara mendalangi serangan ke atas Gandhi, yang merupakan naib presiden Kongres.

Gujarat, negara asal Modi, mengadakan pilihan raya pada Disember di mana BJP mahu mempertaha­nkan kuasa.

“Cermin tingkap kereta naib presiden Kongres pecah dalam satu serangan terancang oleh orang bodoh, kakitangan keselamata­n cedera. BJP mesti tahu, kebenaran tidak dapat disenyapka­n,” menurut jurucakap Kongres, Randeep Surjewla dalam Twitter.

Ghulam Nabi Azad, seorang lagi pemimpin Kongres, berkata serangan itu sengaja dilakukan oleh BJP untuk mewujudkan suasana ketakutan di Gujarat menjelang pilihan raya.

“Narendra Modi ji, slogan, bendera hitam dan batu tidak akan menghalang kami,” kata Gandhi dalam Twitter.

Gandhi kemudian berjumpa dengan mangsa banjir dalam daerah Banaskanth­a di Gujarat di mana lebih 200 maut setakat ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia