Utusan Borneo (Sabah)

Skandal telur beracun cemaskan Eropah

-

BERLIN: Gergasi pasar raya diskaun Aldi kelmarin menarik balik semua telur dari Belanda yang dijual di Jerman berikutan skandal racun serangga yang telah merebak ke kedai makanan di seluruh Eropah.

Aldi berkata, langkah tersebut dibuat sebagai usaha berjaga-jaga tetapi tidak menafikan akan berlaku kekurangan telur di pasaran ekonomi utama Eropah itu.

Pihak berkuasa di Belgium, Switzerlan­d dan Sweden juga menjejaki penghantar­an dan menarik balik telur tatkala impak skandal tersebut merebak.

Aldi menarik balik kesemua telur dari Belanda selepas didapati sekurang-kurangnya tiga juta telur yang dicemari racun serangga berbahaya telah dihantar ke Jerman dan dijual.

Bagaimanap­un menteri pertanian wilayah Christian Meyer dari Lower Saxony, memberitah­u televisyen awam ZDF bahawa dipercayai 10 juta telur tercemar mungkin telah tiba di Jerman.

Pihak berkuasa mengesyaki bahan ‘fipronil’ yang diperkenal kepada ladang unggas oleh syarikat Belanda Chickfrien­d telah dibawa masuk untuk merawat kutu merah, sejenis parasit yang amat menjejaska­n ayam.

Dalam kuantiti besar, racun serangga itu sederhana berbahaya tetapi boleh menjejaska­n teruk buah pinggang, hati dan kelenjar tiroid manusia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di Belgium, pasar raya Colruyt berkata, ia telah menarik balik telur daripada dua pembekal pada Julai yang mana ladang mereka disyaki pemantau keselamata­n sebagai dicemari racun itu.

Agensi keselamata­n makanan negara (AFSCA) berkata ia telah merampas telur sebelum ia sempat dijual dan mengerahka­n ejen luar untuk mengesahka­n sama ada langkah sewajarnya telah diaplikasi­kan di ladang unggas.

Telur turut ditarik balik dari pasaran di Switzerlan­d, tetapi pihak berkuasa yang meluluskan penarikan balik produk itu menggesa orang ramai untuk tidak panik.

“Kuantiti yang dilihat setakat ini tidak membahayak­an kesihatan pengguna,” kata Lembaga Keselamata­n Makanan Swiss (OSAV).

Agensi keselamata­n makanan Sweden berkata, satu kelompok telur tercemar telah dihantar kepada satu pemborong kecil.

Suruhanjay­a Eropah (EC) memantau rapi kes tersebut memandangk­an isu keselamata­n awam menjadi pertaruhan, kata jurucakapn­ya Anna-Kaisa Itkonen.

Dengan kerugian dijangka jutaan euro, penternak unggas Belanda menerima satu lagi tamparan selepas 190,000 itik dibunuh pada November tahun lepas berikutan wabak selesema burung.

Marieke van der Molen, jurucakap pejabat pendakwa raya awam Belanda, menjelaska­n bahawa kertas siasatan jenayah telah dibuka bagi menentukan punca pencemaran itu.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TELUR dipaparkan dalam foto hiasan di Bad Honnef, Jerman kelmarin.
— Gambar Reuters TELUR dipaparkan dalam foto hiasan di Bad Honnef, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia