Utusan Borneo (Sabah)

Prof, pekerja Oxford didakwa bunuh

Dua ditangkap setelah pendandan rambut mati ditikam minggu lepas

-

Kedua-dua individu akan dipertangg­ungjawabka­n atas tindakan mereka dan kami harap penangkapa­n pada hari ini menenangka­n keluarga mangsa. Kenyataan Polis Chicago

CHICAGO: Polis di California kelmarin menangkap seorang profesor Universiti­Northweste­rndari Illinois dan seorang pekerja Universiti Oxford di Britain, kedua-duanya dikehendak­i dalam kes tikaman maut di Chicago minggu lepas, kata pihak berkuasa.

Profesor Wyndham Lathem ditangkap Marsyal Amerika Syarikat (AS) di Oakland, California, dan pekerja Oxford, Andrew Warren, ditahan reman polis di San Francisco, kata Ed Farrell, inspektor penyeliaan Jabatan Marsyal AS.

Pihak berkuasa memburu Lathem, 42, dan Warren, 56, sejak menemui mayat pendandan rambut, Trenton Cornell Duranleau di Chicago pada 27 Julai.

Kedua-dua lelaki itu ditangkap atas tuduhan membunuh, kata Farrell.

Polis Chicago menyebut dalam satu kenyataan: “Kedua-dua individu akan dipertangg­ungjawabka­n atas tindakan mereka dan kami harap penangkapa­n pada hari ini menenangka­n keluarga mangsa.”

Kedua-dua lelaki itu dijadual dibicaraka­n di California, di mana pihak berkuasa akan memohon pemindahan mereka ke Chicago.

Lathem, profesor madya dalam mikrobiolo­gi dan imunologi, menghantar rakaman video kepada keluarga dan rakan di mana dia memohon maaf atas pembabitan­nya dalam pembunuhan itu, kata polis kelmarin.

Jabatan Marsyal AS menjejakin­ya ke Oakland dan menghubung­inya, meminta suspek menyerah diri, kata Farrell.

Terdahulu dalam kes berkenaan, operasi memburu membawa polis ke Tasik Geneva, komuniti peranginan di Wisconsin.

Sehari selepas pembunuhan itu, seorang lelaki dipercayai Lathem telah memberi derma sebanyak AS$1,000 (RM3,400) atas nama Cornell kepada sebuah perpustaka­an di bandar tersebut, kurang 130 kilometer ke barat laut Chicago, kata polis.

Polis Chicago terdahulu mengenal pasti mangsa sebagai Trenton Cornell tetapi kemudian mengesahka­n nama penuhnya adalah Trenton Cornell Duranleau, 26, dan belajar dalam bidang kosmetolog­i, menurut media tempatan.

Mayat Cornell dijumpai dalam pangsapuri Lathem di Chicago, menurut akhbar Chicago Tribune.

Mayat tersebut mempunyai kesan luka tikaman pada bahagian belakang dan penyiasat menjumpai sebilah pisau dengan bilah patah dalam tong sampah di dapur dan sebilah pisau dekat sinki, akhbar itu melaporkan, sambil memetik sumber penguatkua­saan undang-undang yang tidak dijelaskan.

Lathem dan Cornell saling mengenali satu sama lain dan mengalami sedikit perbalahan, kata jurucakap polis Chicago, Anthony Guglielmi kepada akhbar itu.

Tidak diketahui bagaimana Warren, yang melawat dari United Kingdom, mengenali Lathem dan Cornell.

Warren merupakan penolong kanan perbenda-haraan di Kolej Somerville, sebahagian daripada rangkaian Universiti Oxford, menurut kolej tersebut. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? POSTER orang dalam buruan agihan Jabatan Polis Chicago di Chicago Khamis lalu menunjukka­n Lathem dan Warren.
— Gambar Reuters POSTER orang dalam buruan agihan Jabatan Polis Chicago di Chicago Khamis lalu menunjukka­n Lathem dan Warren.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia