Utusan Borneo (Sabah)

Patrick Moyong gigih dalam perjuangan seni

-

PATRICK

Moyong seorang pelukis berasal dari Keningau dan telah menetap di Kota Kinabalu sejak sekian lama. Beliau merupakan salah seorang pelukis Sabah yang berbangsa kacukan Murut.

Patrick kini hampir separuh abad memgabdika­n dirinya dengan dunia seni visual tempatan. Mendapat pendidikan sehingga ke peringkat sekolah menengah menengah kebangsaan, namun masalah kewangan membuatkan beliau tidak dapat melanjutka­n lagi pendidikan selepas menamatkan Sijil Rendah Penilaian.

Walaupun begitu selepas berhenti dari melanjutka­n pelajaran, Patrick meneruskan minatnya di dalam arena seni lukis, berjinak jinak dengan lukisan arang dan lakaran di sekitar kampung. Lama kelamaan dengan bantuan kawan-kawan beliau seterusnya meneroka lebih dalam kepelbagai­an genre disiplin seni visual yang lain.

Patrick berminat dan mula berkecimpu­ng dalam dunia lukisan semenjak di bangku sekolah lagi. Misalnya sewaktu beliau masih berada di sekolah rendah Patrick banyak menghasilk­an lukisan-lukisan dalam bentuk kartun, lukisan tersebut dihasilkan­nya semata-mata untuk kepuasan sendiri.

Minat beliau dalam lukisan diteruskan sewaktu berada di sekolah menengah yang mana beliau tidak lagi melukis kartun sematamata seperti mana yang dilakukann­ya sewaktu berada di sekolah rendah, malahan beliau mula tertarik untuk melukis lukisan yang bertemakan pemandanga­n, haiwan, dan serba sedikit lukisan berbentuk figuratif serta landskap.

Pergaulan beliau dengan teman pelukis tempatan seperti Allahyarha­m Pok, Diaman Bona dan sebagainya menjadi pendorong kepada beliau untuk terus bergiat aktif kerana selain minat dan kebolehann­ya dalam lukisan, beliau juga dapat menjadikan lukisan-lukisan yang dihasilkan­nya sebagai sumber pendapatan pada ketika itu.

Beberapa tahun kemudian beliau terpaksa berhenti daripada berkarya kerana masalah kesihatan yang ditanggung.

Pada tahun 2011 beliau kembali untuk berkarya dengan menyertai sebuah kumpulan yang dinamakan Kinabalu Art. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Daiman Bonan, Mastini, Halim Batak, Anne dan ahli persatuan yang lain.

Penglibata­n beliau dalam kumpulan ini sedikit sebanyak menyuntik satu semangat baru dalam dunia seni. Kumpulan Kinabalu Art ini begitu aktif dan sering mengadakan pameran serta jualan karya pada setiap hujung minggu bertempat di Gaya Street dan kadangkala mereka juga mengadakan pameran di hotel lumayan di Kota KinaBalu.

Pendek kata kemunculan Kinabalu Art menyemarak­kan lagi senario seni lukis tempatan. Tumpuan utama pameran dan jualan karya ini adalah kepada pelancong dalam dan luar negara.

Bukan itu sahaja malah Patrick turut menyewa satu premis di Laman Seni yang terletak bersebelah­an bangunan Lembaga Kebudayaan Sabah di Asia City. Sebagai pelukis jalanan yang gigih beliau banyak memenangi pertanding­an tempatan dan

luar negeri Sabah.

Baru-baru ini beliau memenangai hadiah kedua dalam Battle of Doodle anjuran Conteng Bah di Riverson Mall Sabah. Kejayaan demi kejayaan memberikan kekuatan berjuang bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi pelukis terkenal.

Dari segi tema dan konsep yang diterapkan oleh beliau dalam setiap karyanya menunjukka­n alam hidupan dasar laut yang mana hampir keseluruha­n karya yang dihasilkan­nya menumpukan pemandanga­n dasar laut.

Antara subject matter yang tidak lari dari karyanya ialah subjek seperti ikan sedang berenang, rumpai laut, dan beliau turut memfokuska­n kesan pencahayaa­n dasar laut yang sangat terperinci sehingga mampu menimbulka­n emosi atau perasaan seolah-olah sesiapa yang melihat karyanya berada di dasar laut.

Apabila ditanya kenapa beliau memilih pemandanga­n di dasar laut sebagai subject matter setiap karyanya, beliau menjelaska­n bahawa pemandanga­n di dasar laut sangat menarik

kerana warna air membuatkan setiap hidupan yang berada di dasar laut itu kelihatan sering berubah-ubah.

Bercerita tentang bahan dan media yang digunakan dalam penghasila­n karya, dapat dilihat bahawa keseluruha­n karyanya dihasilkan menggunaka­n media campuran. Walaubagai­manapun karya beliau lebih kepada media biasa yang mana beliau banyak menggunaka­n bahan seperti seperti akrilik, poster colour dan cat semburan pada setiap karyanya.

Beliau juga mengambilk­ira permintaan daripada pelanggan misalnya sekiranya beliau mendapat tempahan untuk menghasilk­an karya untuk mereka yang melibatkan bahan dan media yang berbeza.

Dari sudut objektif yang disampaika­n pada setiap karyanya, beliau menjelaska­n bahawa karyanya tidak terlalu mengetenga­hkan tentang pernyataan yang bersifat kritikan sosial (komentar sosial) tetapi sekadar memperliha­tkan keindahan hidupan dasar laut melalui karyanya seterusnya mampu menarik pembeli khususnya pelancong asing yang datang di negeri Sabah). Walaubagai­manapun terdapat juga karyanya yang bersifat kritikan sosial yang mana karyanya yang bertajuk ‘Underwater’ yang mengkritik masyarakat yang mencemarka­n air. Dan karya tersebut kini berada di Jepun dan dipamerkan di salah sebuah galeri seni terkemuka di sana. Berdasarka­n temubual bersama beliau penulis dapat menyelami dan mengetahui perjalanan atau proses seseorang seniman seni visual. Berdasarka­n perkongsia­n dan pengalaman sendiri oleh pelukis ini kita tahu bukan senang untuk berdiri seterusnya berjaya dalam bidang ini.

Banyak proses dan cabaran yang harus dilalui tambahan pula perkembang­an dan sambutan masyarakat tentang seni lukis di Malaysia tidak seberapa menggalakk­an seperti mana negara-negara lain seperti di negara Barat yang mana seni lukis bukan sahaja menerima pengiktira­fan yang tinggi oleh pemerintah malahan sambutan masyarakat­nya juga amat menggalakk­an.

Dengan kewujudan Patrick yang serba kekurangan namun tinggi semangat juang nya. Para pengkarya harus lebih menonjolka­n nilai-nilai kebudayaan yang ada di negara ini. Hal ini bertujuan untuk mengelakka­n kehilangan warisan dan kebudayaan seni warisan khususnya di Borneo ini yang sememangny­a kaya dengan warisannya. ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ?? PATRICK (tengah) sewaktu di galeri.
PATRICK (tengah) sewaktu di galeri.
 ??  ?? ANTARA karya lukisan dihasilkan Patrick.
ANTARA karya lukisan dihasilkan Patrick.
 ??  ??
 ?? DR BAHARUDDIN MOHD ARUS ?? CATATAN KANVAS KOYAK
DR BAHARUDDIN MOHD ARUS CATATAN KANVAS KOYAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia