Utusan Borneo (Sabah)

Bukit Dompurungo­n Marakau

Menakjubka­n dan punya keistimewa­an tersendiri

- Oleh JAINUDIN NASIR

B

UKIT Dompurungo­n, terletak 4.1 kilometer dari Pusat Bombon Marakau Ranau, dengan ketinggian 901 meter punyai keistimewa­annya tersendiri, bukan sahaja dari segi bentuk alam semulajadi­nya yang menyejukka­n mata memandang, malah terdapat sebuah air terjun semula jadi di Sungai Kibundu terletak berhampira­n denai laluan menuju puncak bukit berkenaan.

Sudah ramai penduduk tempatan dan luar negeri termasuk para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), ahli kelab dan Persatuan, agensi kerajaan dan swasta (NGO), telah berjaya mendaki bukit Dompurungo­n.

Mereka yang telah sampai, masing-masing melahirkan perasaan bertuah, seronok dan gembira kerana berpeluang mendaki bukit berkenaan meskipun laluannya agak mencabar, menguji ketahanan fizikal dan mental para pendaki, namun terubat apabila melihat sendiri panorama pekan Ranau tika tiba di puncak bukit.

Jurucakap Ahli Jawatankua­sa Mendaki Bukit Dompurungo­n yang juga Jawatankua­sa Bombon Ramzy Muhidin, 33, anak kelahiran Kampung (Kg.) Marakau memberitah­u, atas keistimewa­an bukit itu telah dipilih para pelajar praktikal Pejabat Daerah Ranau dengan kerjasama AJK Bombon dan JKKK Kg. Marakau sebagai lokasi program hiking (ekspedisi) merdeka menuju puncak Dompurungo­n pada 31 Ogos ini bermula 8.00 pagi.

Menurut Ramzy, dijangka lebih 100 peserta akan menyertai program itu termasuk peserta pelajar dari 10 buah sekolah menengah dari daerah Ranau yang akan menghantar 10 peserta setiap sekolah.

“Kita menjangkak­an jumlah peserta akan bertambah termasuk Jawatankua­sa Bombon dan Dompurungo­n juga dari agensi atau ahli NGO yang lain juga akan menyertain­ya,” jelas Ramzy.

Menurutnya lagi, orang ramai yang menyertai ekspedisi itu turut berpeluang berinterak­si dengan kejinakan pelbagai spesies ikan di Tagal Bombon Marakau, berpeluang melihat seekor musang, seekor rusa dan burung yang diletakkan dalam sangkar (kurungan) berhampira­n pusat Bombon untuk tontonan para pelancong dari dalam dan luar negara. “Kita membenarka­n para pengunjung untuk melihat sendiri haiwanhaiw­an itu dengan baja makanan haiwan yang disediakan di pondok kaunter pendaftara­n pelawat,” tambah Ramzy mewakili Jawatankua­sa Bombon Marakau dan Jawatankua­sa Pendakian Bukit membeli Dompurungo­n.

“Kita

menjangkak­an jumlah peserta akan bertambah termasuk Jawatankua­sa Bombon dan Dompurungo­n juga dari agensi atau ahli NGO yang lain juga akan menyertain­ya,” RAMZY MUHIDIN Jurucakap Ahli Jawatankua­sa Mendaki Bukit Dompurungo­n

 ??  ?? (Gambar kiri) SEBAHAGIAN pemandanga­n sekitar Bombon Marakau Ranau.
(Gambar kiri) SEBAHAGIAN pemandanga­n sekitar Bombon Marakau Ranau.
 ??  ?? (Gambar atas) KELAB Ranau Fitness (senamrobik) pernah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Dompurungo­n.
(Gambar atas) KELAB Ranau Fitness (senamrobik) pernah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Dompurungo­n.
 ??  ?? (Gambar kiri) PANORAMA pekan Ranau dilihat dari puncak
Bukit Dompurungo­n.
(Gambar kiri) PANORAMA pekan Ranau dilihat dari puncak Bukit Dompurungo­n.
 ??  ?? (Gambar atas) ANTARA denai laluan menuju puncak Bukit Dompurungo­n.
(Gambar atas) ANTARA denai laluan menuju puncak Bukit Dompurungo­n.
 ??  ?? KANAK-KANAK paling seronok menyertai pendakian.
KANAK-KANAK paling seronok menyertai pendakian.
 ??  ?? SPESIES musang, boleh dilihat sendiri ditempatka­n berhampira­n Bombon Marakau Ranau.
SPESIES musang, boleh dilihat sendiri ditempatka­n berhampira­n Bombon Marakau Ranau.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia