Utusan Borneo (Sabah)

Prasarana diancam mentaliti kelas ketiga

-

A

PA yang hendak dihairanka­n apabila berlaku vandalisme di beberapa stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang belanja pembinaann­ya sekitar RM20 bilion?

Saya tidak terkejut bila tular berita vandalisme termasuk ke atas bangku, dinding dan tandas hanya sekitar lima hari selepas MRT Sungai Buluh-Kajang (SBK) dilancarka­n kerana sikap buruk segelintir warga kota atau warga mana pun seperti itu sudah berakar umbi begitu lama dan cambahanny­a semakin menular.

Mentaliti kelas ketiga ini pun sudah banyak kali dibincang dan dibahas.

Bukan setakat vandalisme yang menjejaska­n kemudahan awam tetapi tabiat buruk lain yang banyak boleh dilihat contohnya.

Namun boleh dikata bagai ‘mencurah air ke daun keladi’, ‘Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’ dan banyak lagi kiasan berkaitan isu ini.

Kalau tanya pandangan orang ramai tentang sikap buruk ini, pasti akan ada yang berkata, “Cakap apa pun, pi mai pi mai tang tu juga” kerana masih ada tangan-tangan gatal yang mahu meninggalk­an ‘hasil seni’ mereka di merata tempat kecuali rumah masing-masing, agaknya.

Hendak tengok sikap buruk ini tidak payah pergi jauh.

Ambil dulu kawasan kejiranan.

Perhatikan sahaja jika ada perhentian bas, tiang lampu atau tiang lampu isyarat, struktur TNB, longkang, taman permainan dan kawasan riadah. Apa yang anda akan lihat? Sudah tentu contengan, goresan dan pelbagai tampalan iklan termasuk nombor telefon ah long serta peralatan yang patah, tercabut atau dicabut dan sampah sarap termasuk puntung rokok!

Ini belum lagi pokok yang ditaman di tepi rumah yang bertukar menjadi semak, dengan bekas bertakung air dan kawasan rumput atau pasir yang menjadi ‘tandas awam’ haiwan peliharaan dan liar.

Rakan penulis yang tinggal di sebuah kondominiu­m di Lembah Pantai acap kali merungut sikap segelintir penghuni tingkat atas yang mempunyai hobi mencampak barang atau sampah. Malah sekeping pintu gelongsor rosak sewenang-wenangnya dicampak tanpa memikirkan keselamata­n penghuni lain!

Gotong-royong

Baru-baru ini penulis menyusuri laluan tingkat bawah sebuah pangsapuri di Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang, Selangor untuk ke pasar tani yang diadakan di kawasan itu.

Amat menyedihka­n melihat persekitar­annya!

Bahagian bawah yang antaranya menempatka­n kedai runcit bukan sahaja kurang bersih tetapi sampah berlonggok di sana-sini.

Tempat tong sampah tidak usah cakap, betapa kotor.

Dalam hati berkata, “Tak kan nak tunggu MPAJ (Majlis Perbandara­n Ampang Jaya) bersihkan!”

Walhal sekiranya ada kesedaran kebersihan dalam kalangan penduduk, sudah tentu mereka boleh mengambil inisiatif melakukan gotong-royong dan menjaga rapi kawasan sekitar, antaranya untuk mengelakka­n wabak penyakit denggi.

Masyarakat perlu ambil peduli keadaan persekitar­an kediaman masing-masing dan jangan mengharapk­an pihak berkuasa melakukan kerja-kerja pembersiha­n.

Isu kebersihan juga perlu ditangani di rumah-rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di samping kawalan ke atas kemudahan awam seperti lif dan telefon awam .

Ada kalanya kita melihat dari jauh bangunan PPR yang cantik kerana projek cat semula tetapi jika ditinjau di kawasan perumahan, jangan terkejut jika melihat persekitar­an yang jauh berbeza daripada yang dilihat dari luar di samping begitu banyak kenderaan sampai di parkir berlapis-lapis!

Penulis pernah berkunjung ke sebuah PPR yang berhampira­n dengan Jalan Lingkaran Tengah (MRR2).

Begitu sukarnya mencari tempat untuk letak kereta dan apabila penulis mengeluh, ada seorang lelaki yang berkata, “biasa parking macam tu” (parkir berlapis) dan sejurus kemudian melihat seorang lelaki lain menolak kereta yang diparkir di hadapan keretanya.

Mungkin kerana kadar sewa yang murah sehingga penghuniny­a mampu memiliki kenderaan dan ramai juga mampu melanggan stesen tv berbayar kerana banyaknya parabola di dinding bangunan PPR.

Isu kerosakan lif atas apa juga sebab termasuk vandalisme di PPR atau PA akan hanya mendapat perhatian jika berlaku krisis air dan penduduk terpaksa menggunaka­n tangga untuk mengangkut air atau berlaku kematian disebabkan lif yang rosak!

Berbalik kepada vandalisme yang berlaku di stesen MRT, pihak berkuasa dan yang menguruska­n premis berkenaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa yang ditangkap melakukan kerosakan itu.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana sikap buruk ini boleh merebak memandangk­an ribuan orang menggunaka­n khidmat MRT setiap hari.

Perlu Tegur

MRT Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) dilaporkan memasang 6,018 unit (sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan usaha sedang dibuat untuk menjejak pelaku vandalisme itu.

Datuk Najmuddin Abdullah, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan MRT Corp dipetik sebagai berkata, tindakan tegas boleh diambil ke atas pelaku vandalisme mengikut Seksyen 425 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Pesalah boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan jika sabit kesalahan!

Eloklah juga pesalah itu dikenakan hukuman membersih serta mencuci stesen MRT dengan digantungk­an pelekat “Saya pesalah vandalisme” supaya menjadi pengajaran buat pengguna MRT yang llain.

Didikan untuk tidak melakukan vandalisme perlu bermula dari rumah.

Jika di rumah anak dibiar melakukan sesuka hati sehingga merosakkan kerusi meja dan menconteng di sanasini, bercakaran sesama adik beradik, bagaimana untuk mengharapk­an anak ini dapat mengawal kelakuanny­a di luar rumah iaitu di tadika atau di sekolah?

Ibu bapa seharusnya menunjukka­n contoh yang baik kerana tindak-tanduk ibu bapa akan diteladani anak.

Jika di luar rumah, ibu bapa perlu mengawal kelakuan anak.

Kita boleh lihat di gedung beli-belah sebagai contoh, anak yang dibiarkan berlari ke sana-sini, bermain di tangga bergerak atau lif, seolah-olah mereka tidak pernah dapat bebas berlari!

Pernah penulis menegur dua kanak-kanak yang bermain di papan kekunci mesin ATM, menekan di sana-sini sedangkan ibu bapa mereka berhampira­n sedang beratur menunggu giliran untuk menggunaka­n mesin ATM.

Tidak pun mereka menegur anak mereka sehinggaka­n penulis yang tidak tahan melihat gelagat kanak-kanak itu menegur mereka supaya menghentik­an perbuatan mereka.

Sedikit pun ibu bapa mereka tidak berkata apaapa atau memanggil dan menegur anak tadi.

Maaf cakap, mentaliti ibu bapa ini sudah tentu tidak akan dapat mendidik anak untuk menjadi warga kelas pertama! — Bernama

(Komentar ini pendapat peribadi penulis dan tidak membayangk­an pendirian Bernama dalam apa yang diperkatak­an oleh penulis).

“Mentaliti

kelas ketiga ini pun sudah banyak kali dibincang dan dibahas.Bukan setakat vandalisme yang menjejaska­n kemudahan awam tetapi tabiat buruk lain yang banyak boleh dilihat contohnya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? LONGGOKAN sampah sarap yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya mencacatka­n pemandanga­n kawasan tersebut, selain menyebabka­n bau busuk serta boleh menjejaska­n kesihatan penduduk setempat.
— Gambar Bernama LONGGOKAN sampah sarap yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya mencacatka­n pemandanga­n kawasan tersebut, selain menyebabka­n bau busuk serta boleh menjejaska­n kesihatan penduduk setempat.
 ?? — Gambar Bernama sebagai hiasan ?? PRASARANA dan infrastruk­tur yang disediakan kerajaan haruslah digunakan dengan cermat dan berhemah.
— Gambar Bernama sebagai hiasan PRASARANA dan infrastruk­tur yang disediakan kerajaan haruslah digunakan dengan cermat dan berhemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia