Utusan Borneo (Sabah)

Ash di AS diancam kumbang zamrud metalik

-

tempoh dua tahun akan datang, kru perbandara­n St. Louis akan memotong hampir satu daripada setiap lima pokok, sekali gus mengubah landskap berpokok di bandar Amerika Syarikat (AS) itu untuk sekurangku­rangnya satu generasi.

Metropolis tengah barat itu membuat keputusan sukar itu dengan pengetahua­n bahawa sekiranya pokok-pokok tersebut tidak ditebang, kebanyakan­nya akan mati dengan pantas.

St. Louis menjadi mangsa terbaharu Emerald Ash Borer atau EAB, sejenis kumbang Asia yang lebih kecil daripada syiling penny, yang berhijrah dari China melalui bahan perkapalan dan kini sedang memusnahka­n jutaan pokok di Amerika Utara.

Serangga tersebut menyasari pokok ash, varieti lazim ditemui di bandar-bandar tengah barat, yang mampu bertahan dengan keadaan kaki lima sempit, musim sejuk yang sukar dan garam jalan yang digunakan untuk membersihk­an jalan raya daripada ais dan salji.

Di St. Louis, pesuruhjay­a perhutanan perbandara­n Skip Kincaid ditugaskan untuk menangani serangga perosak penceroboh itu di mana kemusnahan dijangka berterusan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Saya berusaha sebaik mungkin untuk menyedarka­n orang awam tentang skala kemusnahan­nya,” kata Kincaid ketika ditemui koresponde­n Nova Safo di Chicago, baru-baru ini.

Untuk mengekang kemaraan EAB, Kincaid akan menebang hampir kesemua 14,000 pokok ash di bandar raya itu, atau kira-kira 17 peratus daripada kesemua pokok di negeri berkenaan, untuk tempoh dua tahun akan datang.

Para saintis telah menemui rawatan racun serangga perosak yang boleh mencegah serangga tersebut daripada membunuh pokok.

Tetapi Kincaid menyifatka­nnya sebagai satu penyelesai­an yang tidak ekonomi memandangk­an ia harus diaplikasi selang setahun.

Pakar perhutanan itu meninjau nilai setiap pokok, mengenal pasti nilai faedahnya dalam aspek nilai hartanah, mengurangk­an aliran air ribut dan mengurangk­an kos tenaga melalui penyejukan semula jadi.

Hanya 1,000 batang pokok didapati layak untuk terus hidup.

Saki-bakinya akan ditebang dan digantikan dengan satu varieti spesies tetapi memerlukan masa bertahun-tahun untuk mencapai saiz pokokpokok ash tersebut.

“Perkara ini sejujurnya tidak memberi kami pilihan lain,” jelas Kincaid.

Noel Schneeberg­er, pakar Perkhidmat­an Hutan AS di barisan hadapan perang kumbang itu berkata, sebaik sahaja kumbang menjangkit­i sebatang pokok, peluang untuk ia terus hidup secara asasnya sifar.

“Dalam aspek menyasari satu genus pokok, ia amat memusnahka­n,” kata Schneeberg­er.

‘Terowong Maut’

Para pegawai telah mencuba kuarantin wilayah untuk mengekang penyebaran kumbang tersebut namun melarang penghantar­an kayu api, yang dianggap cara utama penyebaran kumbang tersebut, tidak berhasil.

Para saintis menganggar­kan bahawa kira-kira 30 juta pokok sudah menjadi mangsa kumbang itu, dan menjelang laluan kemusnahan­nya berakhir, ratusan juta lagi akan mati, reput dan sedia untuk tumbang semasa ribut.

Apa yang menimbulka­n kehairanan para saintis pada mulanya adalah EAB merupakan sejenis kumbang yang tidak menimbulka­n maslah di tempat asalnya Asia Timur di mana pokok ash sudah berevolusi dengan serangga tersebut.

Ia begitu senyap di Asia sehinggaka­n apabila ia tiba di Amerika Utara, para saintis malahan tidak dapat mengenal pasti serangga aneh itu.

Di Asia Timur, serangga tersebut kelihatan cuma menyerang pokok ash yang sudahpun sakit atau hampir mati.

Ash yang sihat dilihat mempunyai tentangan kimia semula jadi. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia