Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Menteri lancar empat buku di Puncak Iqra

Antologi Puisi Kepimpinan Musa Aman dalam Puisi, Deru dan Debu, Sang Sahabat dan Kumpulan Teks Ucapan Datuk Musa

- Oleh ABD.NADDIN HJ SHAIDDIN

K

ALAU ada yang bertanya apa peristiwa paling penting yang berlaku di Sabah pada 29 Julai 2017, jawapannya ada di Puncak Iqra, sebuah tempat terpencil tetapi cantik, terletak di atas sebuah bukit di Papar.

Di puncak itu, sejarah tercatat buat pertama kalinya, apabila empat buah buku dilancarka­n serentak oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Beliau memandu keretanya sendiri ke Puncak Iqra, tempat kediaman sasterawan dan mantan wartawan, Haji Hussain Kassau.

Buku pertama yang dilancarka­n ialah Antologi Puisi Kepimpinan Musa Aman dalam Puisi, sebuah buku yang memuatkan puisi-puisi dan apresiasi terhadap kepimpinan beliau sepanjang menjadi Ketua Menteri. Antologi itu diselengga­rakan oleh Jasni Matlani, Sitti Rahmah G Ibrahim dan Abdul Karim Gullam mengandung­i 67 puisi karya 47 penulis dari seluruh Sabah.

Tiga buku lagi yang ditulis dan diselengga­rakan oleh penulis Haji Hussain Kassau ialah sebuah novel Deru dan Debu, Sang Sahabat dan Kumpulan Teks Ucapan Datuk Musa selama 10 tahun menjadi Ketua Menteri sebanyak 11 jilid.

Sejak pagi lagi, Puncak Iqra dikunjungi sahabat handai, rakan taulan, penulis dan orang ramai. Majlis pelancaran buku itu disekalika­n dengan jamuan hari raya.

“Antologi puisi ini dihasilkan sebagai penghargaa­n penulis kepada jasa bakti Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dalam usahanya membawa pembanguna­n dan menyatu padukan rakyat di negeri ini,” kata Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Jasni Matlani.

“Ini adalah sumbangan kecil kami penulis sebagai rasa penghargaa­n kepada beya liau,” katanya mewakili penulis dari pelbagai persatuan penulis di seluruh Sabah.

Ketika berucap merasmikan majlis pelancaran buku itu, Musa amat menghargai sumbangan penulis dalam proses pembanguna­n minda masyarakat di negeri ini.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada penyair yang sudi menuliskan kata-kata dan bait yang indah sebagai apresiasi atas kepimpinan­nya.

Beliau juga memberitah­u, hubungan akrabnya dengan Haji Hussain sebagai sahabat, kawan lama, pegawai dan rakan yang selalu berbincang. Musa jelas gembira dengan kehadiran penulis dalam program itu yang digambarka­nnya melalui dua buah pantun, dimana setiap ucapannya selalu diawali dengan pantun. Antara

“Antologi

puisi ini dihasilkan sebagai penghargaa­n penulis kepada jasa bakti Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dalam usahanya membawa pembanguna­n dan menyatu padukan rakyat di negeri ini. JASNI MATLANI Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah

yang hadir dalam majlis itu ialah Datuk Haji Gulan Khan Bahadar, Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerjaraya, Sasterawan dan Sejarawan Sabah, Datuk Haji Jamdin Buyong, Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah, Haji Sukor Haji Usin atau Hasyuda Abadi yang turut membacakan doa.

Kehadiran tetamu dalam majlis itu dianggarka­n kira-kira kira-kira 300 orang. Antara tetamu yang hadir ialah penulis dan pemimpin masyarakat, orang ramai dan mereka disambut dengan ramah mesra termasuk oleh dua orang berpakaian `spiderman’ dan `power rangers,’ yang banyak disalami oleh pengunjung terutamany­a kanak-kanak.

Selepas majlis pelancaran buku itu, Datuk Musa merasmikan surau di puncak Iqra. Kemudian beliau berjalan kaki menuruni bukit untuk menanam pokok tin, sebagai tanda kenang-kenangan.

Ramai yang mengajakny­a bergambar setelah itu. Penulis-penulis tidak lupa mengambil kesempatan bergambar malah berswafoto bersama beliau.

Selepas itu, Datuk Musa dan isteri pulang, juga dengan memandu keretanya sendiri, diikuti rombongan dan tidak lama kemudian pengunjung juga berpamitan, menuruni bukit meninggalk­an puncak Iqra.

 ??  ?? MUSA berucap dalam majlis itu.
MUSA berucap dalam majlis itu.
 ??  ?? JAMDIN Buyong (kiri), Jasni Matlani, Chacho Muhama, Sitti Rahmah, Karim Gulam dan Jasni Yakub (berdiri).
JAMDIN Buyong (kiri), Jasni Matlani, Chacho Muhama, Sitti Rahmah, Karim Gulam dan Jasni Yakub (berdiri).
 ??  ?? MUSA didampingi Haji Hussain (kiri) dan Jasni Matlani (kanan) dalam majlis pelancaran buku.
MUSA didampingi Haji Hussain (kiri) dan Jasni Matlani (kanan) dalam majlis pelancaran buku.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penulis yang hadir bergambar sebelum acara pelancaran buku.
SEBAHAGIAN penulis yang hadir bergambar sebelum acara pelancaran buku.
 ??  ?? HAJI Hussain menyerahka­n buku kepada Musa sebagai tanda pelancaran.
HAJI Hussain menyerahka­n buku kepada Musa sebagai tanda pelancaran.
 ??  ?? MUSA menanam pokok Tin.
MUSA menanam pokok Tin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia