Utusan Borneo (Sabah)

‘Suntik’ dapat respons positif

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

PENGANJURA­N program Suntik yang mengetenga­hkan karya karya sastera untuk tujuan kritikan mendapat respons positif penulis-penulis Sabah.

Program Suntik Sastera kelolaan sekumpulan penulis muda dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah (DBPS) berlangsun­g dengan jayanya pada Sabtu.

Kata ‘Suntik’ diolah dari gabungan dua perkataan iaitu ‘sunting’ dan ‘cantik’ membawa takrifan karya yang dihasilkan setelah dinilai atau dibicara akan menjadi lebih baik.

Beberapa karya sastera seperti puisi dan cerpen yang terbit sepanjang Julai di akhbar-akhbar tempatan diketengah­kan bagi tujuan kritikan.

Kritikan oleh penulis tersohor Sabah Hasyuda Abadi dan Ramli Jusoh memilih beberapa karya yang tersiar di akhbarakhb­ar tempatan sepanjang Julai.

Perancanga­n awal penulis muda Ruhaini Matdarin, Rodiah Hj Said, Nelson Dino, Mohd Izzudin Fitri dan Mizpal Ali adalah langkah permulaan bagi penulis mendekati asas kritikan yang kian merudum di peta sastera. Program ini menyuntik semangat para penulis untuk memperting­katkan mutu penulisan khususnya dalam menghasilk­an karya sastera. Selain itu, program Suntik juga sebagai inisiatif utama untuk menggiatka­n perkembang­an sastera di Sabah, khususnya karya - karya eceran disiar di surat khabar tempatan bagi tujuan peningkata­n kualiti.

Perolehan ini dapat membantu penulis muda yang gigih menghantar karya eceran ke ruangan sastera untuk membaiki penulisan mereka.

Program ini dilaksanak­an pada minggu pertama setiap bulan di bilik Sudut Penulis DBPS dihadiri penilai atau pembicara jemputan selain mengamalka­n budaya persaingan sihat dan menarik minat generasi baharu menghasilk­an karya sastera.

 ??  ?? PARA penulis yang menghadiri program Suntik merakam gambar kenangan.
PARA penulis yang menghadiri program Suntik merakam gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia