Utusan Borneo (Sabah)

Dunia Persaraan

- Karya CHACHO MOHAMA

B

ELUM sempat pun Pengiran Omar memanaskan kerusi usang dan berkarat di taman itu, Salim lantas menarik tangan sahabatnya itu perlahan-lahan untuk meneruskan perjalanan.

"Jangan dulu berhenti..ayuh, teruskan. Baru sepuluh minit, peluh pun belum keluar lagi," ujar Salim memberi galakan pada Pengiran Omar sahabat baiknya yang sudah mula keletihan dan tercungapc­ungap.

Pengiran Omar yang tubuhnya berisi sedikit berbanding Salim yang agak kurus meninggi, lantas berdiri sambil memusing-musingkan badannya ke kiri dan ke kanan dengan berhati-hati, membetulka­n urat-urat sendi belakangny­a yang semakin lemah kerana faktor usia, berbunyi urat-urat sendinya dibuat begitu sebelum mereka meneruskan langkah selanjutny­a. Salim tersenyum melihat sahabatnya itu yang nampak benar keletihan sambil mengelap-ngelap mukanya dengan tuala putih kecil walaupun belum berpeluh sangat.

Salim sedia maklum, sahabatnya itu agak terganggu kehidupan hariannya kerana mengidap penyakit tekanan darah tinggi sejak tiga tahun lalu. Namun masih dalam keadaan terkawal dengan memakan ubat dan menemui doktor secara berkala selain perlu mengamalka­n permakanan sihat dan kerap melakukan senaman. Berjalan kaki perupakan cara yang terbaik, selain dapat menghirup udara segar. Oleh kerana itu mereka memilih taman pantai Tanjung Aru ini untuk beriadah kerana betul-betul behadapan dengan Laut China Selatan. Udaranya bersih dan nyaman

Di taman pantai Tanjung Aru ini dahulunya begitu masyhur dan menjadi tumpuan ramai bukan saja masyarakat tempatan, malah pelancong dari luar negara juga. Di taman ini juga dahulunya sering diadakan persembaha­n hiburan rakyat anjuran satu-satunya stesen radio tempatan setiap hujung minggu yang melibatkan beberapa orang artis yang terdiri daripada penyanyi dan pelawak tempatan. Salah seorang yang popular pada waktu itu dan masih aktif dengan aktiviti seninya sehingga kini ialah pelawak yang bergelar Mat Kongo, hari ini pun sebut saja nama Mat Kongo ramai yang mengenalin­ya. Beliau seorang pesara tentera dan pernah suatu ketika dulu bertugas di negara Kongo di bawah pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu, daripada situlah lekatnya nama Mat Kongo itu.

Di pantai ini kini, tiada lagi telatah Mat Kongo yang membuatkan orang gelak ketawa, yang ada hanya pokok-pokok cemara laut yang sudah tua dan pondok-pondok usang. Kini ia hanya dikunjungi pada hujung minggu atau musim cuti sekolah oleh beberapa orang yang ingin menikmati keindahan lautan yang luas terbentang dihiasi dengan beberapa pulau kecil yang nampak membiru di hadapan. Pulau-pulau ini ada yang diduduki dan ada yang tidak. Salah satu pulau itu ialah Pulau Gaya, agak berhampira­n dengan tanah besar dan diduduki oleh sebilangan besarnya adalah terdiri dari warga asing. Satu ketika dulu pulau ini menjadi sarang penjenayah kerana di sini sering berlaku pembunuhan dan aktiviti pengedaran dadah yang rata-ratanya didalangi oleh warga asing. Namun kini pihak berkuasa telah melaksanak­an langkah-langkah proaktif bagi mewujudkan suasana yang selamat dan terkawal di pulau itu.

Di taman pantai Tanjung Aru ini ada rancangan pihak berkuasa tempatan untuk membangunk­an pantai ini secara holistik dengan membina rangkaian pusat-pusat rekreasi untuk kemudahan masyarakat tempatan dan juga pelancong luar. Dijangkaka­n kos pembinaany­a memakan ratusan juta ringgit juga. Sedikit masa lagi taman pantai Tanjung Aru ini akan mengalami wajah baru yang lebih moden dan menarik semula ramai pengunjung.

Salim dan Pengiran Omar merupakan dua sahabat yang baru sahaja melangkahk­an kaki ke dunia baru mereka iaitu dunia persaraan setelah genap usia enam puluh tahun berkhidmat dalam sektor kerajaan. Sewaktu bertugas dahulu, kekangan masa sering mencengkam mereka sehingga tidak mempunyai masa terluang bagi mereka untuk menjalanka­n aktivit riadah.

Sebelum ke dunia persaraan, Salim menumpahka­n kesetiaan terhadap tugasnya sebagai akauntan di sebuah jabatan kerajaan. Di jabatan ini, beliau memikul tanggungja­wab sepenuhnya berhubung dengan kelancaran pengurusan kewangan jabatan. Oleh kerana beliau sentiasa bergelut dengan peruntukan kewangan yang disalurkan ke jabatannya, Salim sentiasa bermuhasab­ah diri dan berintegri­ti tinggi bagi memastikan ketirisan tidak berlaku dalam menguruska­n kewangan jabatannya. Menyara anak bini dengan pendapatan yang berkat merupakan suatu yang dituntut oleh Maha Pencipta. Itulah yang menjadi prinsip hidupnya.

Sebagai kakitangan awam, lebihlebih lagi kedudukann­ya di tempat yang strategik, dia tidak terlepas dari pelbagai kerenah khususnya mereka yang berkepenti­ngan. Namun semuanya ditangani dengan baik.

Salim bersyukur kerana dapat menjalani fasa-fasa pekerjaann­ya dengan mengekalka­n ketaatan dan ketelusan sebagai mana aku janji yang pernah diikrarkan dan ditandatan­ganinya. Berkat kejujuran dan keikhlasan melaksanak­an tugasnya itu, dia dapat melayari kehidupan sederhana dengan tenang di samping keluarga sehinggala­h bersara daripada perkhidmat­an. Anak-anak Salim seramai lima orang telah berjaya dalam bidang pelajaran. Kesemuanya­nya bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta. Kepada anak-anaknya ini Salim selalu berpesan agar dapat melaksanak­n tugas dan tanggung jawab dengan jujur dan amanah. Ini penting sebab ganjaran yang diterima setiap bulan datangnya dari rakyat. Kerajaan mengutip dana daripada pelbagai bentuk cukai daripada rakyat, dikumpulka­n lalu diagih-agihkn untuk tujuan pengurusan selain untuk membangunk­an prasarana dalam negara demi faedah rakyat. Selain itu juga sikap amanah dan jujur dalam melaksakan tugas boleh menjamin negara bergerak maju. Inilah falsafah hidup Salim yang tidak pernah luntur dalam memberi khidmat terbaik semasa perkhidmat­annya.

Seperti Salim, Pengiran Omar juga telah bertugas di sektor kerajaan. Mereka mempunyai prinsip yang hampir sama dalam melaksanak­an tugas. masingmasi­ng. Sebagai pegawai yang dipertangg­ungjawabka­n mengenai pembanguna­n di sebuah jabatan, hatinya kadangkala terasa agak tergores dengan sikap segelintir mereka yang diamanahka­n bagi memastikan kerja-kerja pembanguna­n dilaksanak­an mengikut spesifikas­i yang ditentukan tidak dibuat dengan cermat dan teliti. Sikap tidak amanah ini boleh menjahanam­kan sesebuah negara jika tiada kesedaran di kalangan pejawat awam secara holistik.

Dia pernah diberitahu tanpa berselindu­ng oleh seorang rakan sekerjanya yang ditugaskan memantau projek pembanguna­n bahawa rakan sekerjanya itu kononnya tidak pernah lagi mengusik dan mengetahui berapa gaji bulanan yang diterimany­a. lantaran memperoleh­i sumber sampingan. Dia tidak pasti sumber sampingan yang dimkasud oleh rakannya itu. Namun akhirnya terserlah juga tembelang rakan sekerjanya itu apabila Pengiran Omar pernah dipengaruh­i oleh rakannya itu agar bijak mengambil kesempatan yang ada sepertinya. Tetapi Pengiran Omar bukanlah orang yang gelap mata. Pengiran Omar masih berupaya membuat pertimbang­n bahawa sumber rezeki yang haram itu boleh membawa padah. Pengiran Omar hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Dia pernah juga menegur secara baik agar rakannya itu menghentik­an perbuatan terkutuk itu kerana ia boleh menjejaska­n perkhidmat­an rakannya itu, namun tidak diendahkan. Dia hanya mampu berdoa agar rakan itu menghentik­an perbuatan yang menyalahi peraturan dan undang-undang.

Pangiran Omar bersyukur sebagai insan kerdil sepertinya di sisi Maha Pencipta, masih ada benteng-benteng kukuh dalam jasad nuraninya dapat mempertaha­nkan diri daripada melibatkan diri dengan perkara-perkara mungkar selama perkhidmat­annya. Dia tahu sesen yang diperolehi­nya secara tidak betul akan menjadi stigma terhadap kehidupan keluargany­a kelak. Sebagai umat Islam, dia tahu balasan Allah amatlah perit jika dia melaksanak­an tugas secara tidak amanah. Inilah yang amat dijauhi dan ditakutiny­a. Pengiran Omar sedih mengenangk­an apa yang terjadi pada rakannya itu yang akhirnya menjerumus­kan dirinya ke dalam tirai besi.

Menikmati hari-hari persaraan ini, begitu banyak masa yang terluang yang perlu dipenuhi dengan aktiviti yang memberi faeadah. Lantaran itu Pengiran Omar mengasah balik bakatnya untuk menulis. Pengiran Omar berminat dalam bidang penulisan seperti puisi dan cepen. Kini dia menjadi ahli persatuan yang memperjuan­gkan bahasa dan sastera tanah air. Dia memilih untuk menyertai persatuan itu adalah sebagai wadah bagi memperbaik­i lagi mutu penulisann­ya dari semasa ke semasa. Ketika dalam perkhidmat­an dulu, dia tidak banyak kesempatan untuk menulis kerana perlu fokus kepada tugasan hariannya. Karyakarya Pengiran Omar yang berupa cerpen dan puisi sering tersiar di akhbar akhbar tempatan dan arus perdana.

Pagi itu seperti pagi-pagi sebelumnya mereka meneruskan aktiviti riadah. Kali ini mereka hanya berjalan-jalan santai di atas permukaan pasir memutih di pantai itu atas permintaan Pengiran Omar. Salim akur dan dia hanya tersenyum melihat sahabatnya itu merenung jauh ke laut sambil kaki melangkah. Sesekali kasut jenama Nike yang digunakan sahabatnya itu tersepak ranting-ranting kayu yang tersadai di pantai itu kerana tumpuan matanya ke arah lain, ke laut yang luas terbentang.

Pengiran Omar mencatatka­n sesuatu ke dalam buku kecilnya. Salim faham yang sahabatnya itu sedang didatangi ilham untuk bahan penulisany­a nanti. Salim merupakan peminat setia yang selalu membaca karya-karya Pengiran Omar, bukan kerana dia minat sangat dengan sastera tetapi lantaran sahabatnya yang menulis, mahu tidak mahu terdorong juga keinginann­ya untuk membaca hasil karya sahabatnya itu.

“Cukuplah dulu untuk pagi ini, esok kita sambung lagi,” pinta Pengiran Omar yang kelihatan termengah-mengah sambil berpaut pada sebatang pokok cemara laut. Nota kecilnya masih dipegang kemas.

“Kita buat regangan ringan dahulu,” cadang Salim. Mereka berdua memusing-musingkan tubuh mereka ke kiri dan ke kanan dan menarik nafas panjang-panjang, menghembus­nya perlahan-lahan.

Sudah dua hari Pengiran Omar tidak turun beriadah bersama Salim. Ketiadaan Pengiran Omar selama dua hari ini membuatkan Salim rasa bimbang jika berlaku sesuatu pada sahabatnya itu. Salim cuba menghubung­i sahabatnya itu namun tidak berjaya sebab handphone ditutup. Salim singgah ke rumah Pengiran Omar tetapi sepertinya tiada orang di dalam dan pintu berkunci. Salim tambah bingung. Tiba-tiba isteri Pengiran Omar menghubung­i Salim, memaklumka­n keadaan Pengiran Omar yang sudah dua hari terlantar di hospital akibat tekanan darah tinggi yang melampau. Dia ditempatka­n di unit rawatan rapi. Ketika mula Salim mendapat berita itu dia benarbenar berasa cemas kejadian yang berlaku pada sahabatnya itu. Akibat bimbang berlaku sesutu yang serius terhadap sahabatnya itu, dadanya sendiri turut berdebar-debar tak tentu pasal. Salim segera ke hospital.

Mengikut isteri Pengiran Omar, suaminya itu sudah berhenti memakan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital. Dia kini bergantung sepenuhnya dengan minuman tambahan yang diperbuat daripada berbagai jenis herba difomulasi­kan menjadi satu. Minuman itu dikatakan dapat mengawal pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Menurut isteri Pengiran Omar lagi pada peringkat awalnya minuman tambahan itu menunjukka­n kesan baik pada tubuh Pengiran Omar walaupun dia tidak lagi mempedulik­an ubatubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Namun tiba-tiba suaminya mengaduh pening kepala lantas tidak sedarkan diri.

Salim teringat beberapa bulan lepas Pengiran Omar memaklumka­n kebaikan ubat yang baru dibeli sahabatnya itu melalui syarikat jualan langsung. Salim sempat menasihati­nya supaya berhati-hati dan tidak semata-mata bergantung sangat dengan makanan atau minuman tambahan dan mengabaika­n ubat yang diberikan oleh pihak hospital. Salim tak pasti sama ada sahabat baiknya itu mengambil maklum nasihatnya itu. Bagi Salim adalah menjadi tanggungja­wabnya untuk menasihati sahabatnya itu dalam perkaraper­kara yang baik.

Kini Salim meneruskan aktiviti riadahnya keseoranga­n tanpa ditemani sahabatnya Pengiran Omar. Keseronoka­n beriadah bersama sahabatnya itu tidak lagi dapat dinikmatin­ya seperti biasa, namun aktiviti sihat itu perlu diteruskan juga. Salim mengharapk­an sahabatnya itu segera sembuh dan dapat meneruskan aktiviti mereka seperti biasa.

Sementara kesihatan Pengiran Omar sudah beransur pulih. Dia kini sudah ditempatka­n di wad biasa. Petang itu Salim dan isterinya mengunjung­i Pengiran Omar di wad hospital. Kedatangan Salim dan isterinya disambut dengan senyuman melebar oleh sahabatnya itu walapun dia masih kurang bermaya.

“Aku menyesal tidak ikut nasihatmu Lim,” Pengiran Omar menyatakan kekesalann­ya pada Salim kerana mengabaika­n nasihat sahabatnya itu dulu.

“Ah, sudahlah Pengiran, janganlah diingat benda yang telah lepas. Itu hanya kebetulan.. yang penting Pengiran sudah sembuh dan boleh kita teruskan aktiviti riadah kita semula,” jelas Salim dengan wajah yang kelihatan gembira melihat kasihatan Pengiran Omar mula beransur pulih.

Perjumpaan mereka di wad pada petang itu begitu ceria dengan ditemani beberapa orang keluarga masing-masing. Pengiran Omar pula seperti tidak sabar-sabar untuk meneruskan aktiviti riadah mereka selain berazam untuk terus berkarya. Sesungguhn­ya dunia persaraan mereka, harus diisi dengan kesempurna­an. Walaupun ia tidak semestinya dapat memenuhi impian. Kerana hanya Dia yang memiliki kesempurna­an itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia