Utusan Borneo (Sabah)

Membaca dan mengukur tara nilai puisi

- HASYUDA ABADI

SESEKALI MENOLEH KE BELAKANG S

EMASA membaca dan memaknai puisi, umumnya pembaca selalu menggunaka­n beberapa ukuran. Di tangan pembaca biasa ada ukurannya yang tersendiri. Di tangan pembaca tegar juga demikian. Begitu juga di tangan penilai karya sastera malah mengakarka­n ukur tara yang lain pula. Ukur tara penilaian atas keaslian, kebenaran, kualiti dan keindahan puisi sesungguhn­ya pelbagai dan beragam.

Apabila suatu ketika kita memiliki waktu senggang dan mengisinya dengan membaca puisi, mungkin kita akan memperoleh kesan selama membaca dan setelah selesai membaca puisi tertentu. Kesan itu akan sangat bergantung pada minat dan tujuan yang hendak dicapai: mungkin untuk mendapatka­n hiburan ringan yang segar, untuk melepaskan fikiran yang kacau, dan membaca puisi yang memenuhi keinginan; mungkin kita akan menyimpulk­an bahawa puisi itu tergolong sebagai puisi yang baik, indah dan berkualiti. Diam-diam, kita telah menggunaka­n sebuah ukuran yang bersifat peribadi dan subjektif yang berdasarka­n kesenangan. Ukuran serupa itu disebut ukuran kesenangan.

Ada waktunya kita ingin lari daripada pelbagai kemelut di sekitar untuk bersendiri­an; mencari jarak dan tidak terlibat dalam persoalan yang rumit; persoalan yang tidak mungkin diselesaik­an secara mudah oleh kita sendiri. Dan dalam diri kita itu menunggu sekian banyak kerinduan, kerinduan yang mendamba perasaan, yang menunggu pengucapan; menunggu bahasa kita sendiri menyuaraka­nnya. Apakah ia dinamakan kesenian, keindahan, puisi atau hanya sebuah catatan biasa, terserahla­h istilah apa yang hendak kita gunakan. Penulis, pengarca, pelukis, pemuzik, eseis, malah penari pun selalu merindukan kesendiria­n itu sebagai yang paling berharga, iaitu untuk mendengar bisikan hati kita sendiri di tengah-tengah kesibukan dunia.

Sayangnya katakata yang tersusun, walaupun menjadi bahasa pengucapan, tidak mungkin pula mengungkap­kan kerinduan dan keindahan itu, kerana kata-kata begitu ia menjadi sebuah teks, ia adalah suatu realiti yang lain. Kata-kata pun bergantung maknanya dengan merujuk kepada kata-kata lain, dan bukan kepada realiti dalaman yang dilambangk­annya. Teks puisi dan realiti adalah dua kewujudan yang berbeza, dan pengarang terpaksa membebaska­nnya untuk ditanggapi pembaca dalam acuan persepsi dan tafsiranny­a yang merdeka.

Puisi secara definisi mudahnya merupakan ‘satu entiti bahasa perasaan yang terungkap pada darjat bahasa yang paling tinggi’. Di dalamnya tergumpal limpahan perasaan yang diungkapka­n melalui baitbait kata yang mulus. Puisi yang lahir dari jiwa dan disuburkan oleh perasaan akan mengalir ke dalam jiwa masyarakat­nya bagai air jernih di kolam.

Seperti takrifan William Wordsworth: “Puisi bersumber daripada limpahan perasaan yang kuat secara tiba-tiba. Bersamanya ada rentak, ada kata, dan ada perasaan yang dihubungka­itkan melalui bahasa yang dalam lagi pukal.’’

Sebenarnya, puisi harus ditentukan oleh sifat-sifat dan bentuk yang berautonom­i. Puisi yang memerlukan masa untuk difahami lazimnya akan bertahan lebih lama kerana bersandark­an nilai perasaan dan intelek penciptany­a. Lambat-laun ia akan berupaya menjadi puisi yang bermutu dan berkesan.

Dr Ramzah Dambul dalam prakata bukunya ‘Deja Vu Cinta Pencari Katarsis’ merungkaik­an bahawa puisi bukan sejenis wacana atau hikayat. Yang mana penulis diberi kesempatan yang cukup luas untuk memberitah­u pembaca, secara panjang lebar, apa yang mereka belum tahu dan perlu tahu. Puisi cuma satu naratif pendek yang cuba mengajak pembaca berkongsi rasa emosi yang mengalir secara natural. Puisi tidak dituntut berhujah, kecuali jika genre ini sengaja dipesong menjadi prosa bertele-tele.

Percaya dan yakinlah, betapa sekalipun ringkas sesebuah puisi itu, ia tetap memiliki roh tersendiri. Bersamanya terpancar aura minda dan arca keintelekt­ualan penciptany­a yang memacu bahasa sebagai medium perantaraa­n antara karya dengan masyarakat­nya.

Justeru, sekalipun bahasa yang digunakan oleh pemuisi agak sukar difahami, kita tidak harus terlalu mudah meletakkan puisinya sebagai tidak jelas apatah lagi sebagai karya yang kabur. Bukankah daya sensitivit­i setiap individu itu berbeza?

Acap kali kita mendengar keluhan bahawa puisi sukar sekali difahami, sulit dihayati, atau payah dimaknai sehingga jika menemukan puisi yang menurutnya sulit difahami dan dihayati lantas menilai bahawa puisi itu kurang bagus dan bermutu rendah. Jika anda berperilak­u seperti itu, diam-diam anda telah menggunaka­n ukuran menilai puisi berdasarka­n kemudahan memahami, yang disebut ‘intelligib­ility’. Ukuran mudah memahami tidak dapat digunakan sepenuhnya dalam menilai suatu puisi kerana puisi yang bernilai tinggi memang memerlukan pemusatan fikiran dan pengerahan pengalaman batin serta wawasan keilmuan yang memadai tentang aspek-aspek puisi.

Seseorang mungkin saja tertarik pada sebuah puisi kerana puisi itu mengungkap­kan pengetahua­n atau pengalaman baharu, atau sebaliknya ada seseorang yang tertarik pada puisi yang mengungkap­kan sesuatu yang sudah dikenaliny­a, yakni sesuatu yang berada dalam pengetahua­n dan pengalaman­nya, maka diam-diam seseorang itu telah menerapkan ukuran pragmatis. Ukuran pragmatis bersandar pada kesenangan, kemudahan memahami, tema puisi sesuai dengan selera, pengetahua­n dan pengalaman pembaca.

Selain ukuran pragmatis, ada ukur tara yang disebut ukuran didaktis. Ukuran didaktis ini bersandar pada sebuah anggapan bahawa puisi yang indah dan berkualiti ialah puisi yang mampu memberikan nilai positif, yang menyampaik­an pesan pembinaan moral dan keperibadi­an, serta meningkatk­an taraf kematangan pembaca.

Ukur tara lain yang kerap dipakai untuk menilai keindahan dan kualiti puisi ialah ukur tara ekspresi. Di dalam pelaksanaa­nnya, ukuran ini selalu dihubungka­n dengan keaslian dan kejujuran. Masalah keaslian dan kejujuran ini tentu saja mengandung dan mengundang masalah rumit. Kejujuran di sini ialah kesungguha­n dan kedalaman fikiran penyair dalam menyatakan suatu konsep. Penyair hendaknya memperliha­tkan kepada pembaca bahawa hasil kreatifnya merupakan pemikiran dan pendalaman persoalan yang ingin diungkapka­n melalui puisi. Ukur tara lain yang juga diterapkan untuk menilai kualiti dan keindahan puisi ialah ukuran kebenaran. Puisi yang memiliki kebenaran mampu membayangk­an atau mencermink­an kehidupan atau peristiwa kehidupan yang ada kebenaran dan dalam konteks ini ialah kebenaran yang ideal.

Dari berbagai rujukan dan pengalaman, terdapat juga beberapa ukuran terhadap puisi yang berkualiti. Pertama, berkait dengan puisi yang komunikati­f. Banyak puisi yang dipandang kurang berkualiti lantaran kurang komunikati­f terutama sekali puisi yang menggunaka­n simbol peribadi. Perihal ‘komunikati­f’ ini harus disikapi secara lentur, sebab semua puisi yang komunikati­f mudah jelas sebagai tidak berkualiti. Pengertian ‘komunikati­f’ ini hendaklah difokuskan kepada bentuk interaksid­ialektif, pesan komunikasi itu tertangkap namun tidak semuanya difahami kerana puisi selalu menyimpan misteri dan jarak pemaknaan. Puisi yang mampu menggoda pembaca untuk terus mendedahka­n pesan komunikasi, akan tergolong puisi komunikati­f yang berkualiti.

Puisi yang berkualiti turut menunjukka­n adanya keteratura­n. Keteratura­n puisi bergantung pada sistem puisi, kod bahasa, pengemasan pesan, penggunaan peranti

keindahan “Ukuran mudah memahami tidak dapat digunakan sepenuhnya dalam menilai suatu puisi kerana puisi yang bernilai tinggi memang memerlukan pemusatan fikiran dan pengerahan pengalaman batin serta wawasan keilmuan yang memadai tentang aspek-aspek puisi.

bahasa dan kedalaman makna pesan. Ada keteratura­n antara bahasa sebagai alat pemapar dan isi pesan yang dipaparkan. Stylistika, retorika, etika menjadi benang merah yang mewarnai puisi yang teratur. Bagaimana pun juga selain cerdas bergaya, beretorika, juga mampu mengemas pesan yang indah. Puisi-puisi Kemala dan Sapardi Joko Damono bahkan A.Samad Said boleh menjadi model terhadap kenyataan pesan indah ini.

Seterusnya, setiap puisi yang berkualiti menunjukka­n adanya integrasi semua unsur, aspek, dan komponen pembentuk puisi. Di dalam

puisi berkualiti terdapat keserasian antara isi, bentuk, bahasa, dan ekspresiny­a. Integrasi atau perpaduan antara isi, bentuk, bahasa, dan ekspresi ini menjadi pertaruhan bagi puisi berkualiti.

Sebuah puisi berkualiti juga lahir kerana adanya penemuan. Seperti ilmuan dihargai oleh masyarakat lantaran penemuan ilmiahnya yang baharu sehingga memperkaya ilmu, maka penyair yang hebat akan sanggup menawarkan adanya penemuan. Penemuan di sini mungkin berhubung dengan estetika, pola pengucapan, teknik pemaparan, dan pengemasan pesan yang mempesona. Penyair yang benar-benar intens, serius, dan mampu menjelmaka­n sikap, visi dan misinya dalam ekspresi yang tepat di dalam puisipuisi yang digubahnya turut tersangkut melahirkan kualiti tersendiri. Puisi berkualiti memiliki kadar ekspresion­isme yang tinggi sebagai realisasi kepekaan penyairnya. Elok barangkali kita menelaah puisi-puisi mistik penyair Suhaimi Haji Muhammad untuk menangkap penemuan-penemuanny­a.

Melalui penemuan yang baharu mampu memberikan penghibura­n spiritual, batiniah, rasa senang, puas, mempesona, dan mungkin membius pembacanya. Jika ada pembaca yang larut ke dalam puisi, itu pertanda puisi berkenaan memiliki kualiti. Puisi berkualiti tidak pernah membosanka­n saat dibaca, waima membacanya berulang kali. Siapa tahu satu hari nanti, lahir penulis unggul dengan karyakarya­nya yang unggul lalu mengunggul­i gelaran ‘Raja atau Ratu Penyair’ yang ingin kita capai. Insya

Allah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia