Utusan Borneo (Sabah)

‘Attar dari Lembah Mawar’ sarat nilai kembara dunia, warisan, pemikiran dan sejarah

- Oleh MOHD AFIS ISMAIL (Pelatih UMS)

HIMPUNAN cerpen ‘Attar dari Lembah Mawar’ nukilan penerima Sea Write Award 1989, Siti Zainon Ismail, sarat dengan nilai kembara dunia, warisan, pemikiran dan sejarah. Plot penceritaa­n 11 cerpen yang terkandung mempengaru­hi pembaca dengan fikiran belas kasihan melalui kata-kata puisi yang penuh kecintaan dan nilai estetika.

Melalui pengembara­an pengarang, beliau meraih ilmu dan melewati perjalanan kehidupan di perantauan sambil menjelajah seluruh pelosok tempat warisan. Sepanjang pengembara­an, beliau meluangkan masa dan mencatat idea-idea kreatifnya untuk cerita yang sebahagian besar bukan Melayu Protagonis.

Teknik penulisan konvension­al membuatkan cerpen beliau unik. Terdapat variasi dari segi latarnya dan pengalaman yang menjangkau persekitar­an tempatan, kepulauan dan pedalaman Nusantara hingga ke benua kecil India serta kota-kota kosmopolit­an antarabang­sa di Eropah seperti Paris, Amsterdam, London dan seumpamany­a. Faktor membezakan Siti Zainon dengan penulispen­ulis wanita tempatan lain adalah pengolahan idea dengan unsur-unsur tradisi kesenian dan kebudayaan Nusantara disamping garapan unsur-unsur mitos, legenda tempatan cerpennya berlandask­an fakta sejarah dan pengalaman silam tokoh- tokoh sejarah.

Watak dan perwatakan memainkan peranan penting dalam himpunan cerpen ini. Watak berfungsi sebagai penggerak dan mengembang­kan jalan cerita tidak kira sama ada watak manusia mahupun benda hidup yang lain. Watak juga medium memainkan peranan dalam sesebuah cerita yang disampaika­n oleh pengarang. Erti kata lain, watak dan perwatakan adalah unsur yang harus ditangani dengan bijaksana dan keterampil­an pengarangn­ya. Pengarang memberi perhatian teliti dalam memilih watak, mencipta perwatakan serta mengolahny­a secara berkesan dalam cerita disampaika­n sesuai dengan peranan dan persoalan yang digarap.

Kupasan dua cerpen iaitu Lagu Bulan dan Puan Champa membelakan­gi tradisi, menyimpang­i sepenuhnya dari tradisi penciptaan yang biasa terlaksana dalam penulisan Melayu. Hasil olahan cerpen terserlah dan mengutamak­an teknik atau bentuk menonjolka­n teknik penceritaa­n yang melencong jelas dari gaya lama yang kaku dan memberi rangsangan kepada pembaca untuk berfikir.

Pengucapan tertulis dan pembuktian mempengaru­hi pembaca dalam menghayati cerpen Lagu Bulan. Watak Raksymi seorang wanita India melupakan tradisinya kerana keterbukaa­n ilmu. Sekian lama merantau dan kembali ketanah airnya India, dia seolaholah tidak menyedari keistimewa­an budaya tradisinya berbanding Niko yang teguh dengan kesopanan bangsa. Penulis juga memberi pembuktian tentang kebudayaan India yang menarik perhatian Niko semasa memujuk Raksymi dalam pemakaian gelang kaca. Watak Niko lebih peka tentang adat resam dan pemakaian budaya India tatkala Raksymi tidak menyedari bahawa wanita bergelang kaca adalah lambang wanita tersebut sudah mendirikan rumahtangg­a.

Dalam cerpen ini juga, penulis mengimbas sejarahsej­arah negeri berkurun dengan unsur kekaguman ditonjol oleh watak Niko. Misalnya,penggunaan dialog sambil berpuisi oleh Niko yang kagum melihat bulan mengambang di negeri tersebut, keindahan seni reka bangunan mistik Taj Mahal dan keindahan Mozaik Gereja Theresia. Jelas dilihat bahawa penulis telah memasukkan tempat-tempat warisan yang terdapat di India dalam cerpen Lagu Bulan ini.

Cerpen ini turut mengkritik watak utama iaitu Raksymi yang seharusnya peka terhadap budaya-budaya di tanah airnya sendiri. Menimba ilmu sehingga keluar kota bukanlah satu dosa namun yang menjadi kesalahan apabila menetap di negara barat sehinggaka­n budaya di tanah kelahiran sendiri dilupakan. Kontra perwatakan jelas, Niko yang berasal dari barat namun pengetahua­nnya dan kecintaan terhadap budaya India tidak luntur. Lumrah sebagai seorang perantau, mengaut seberapa banyak ilmu pengetahua­n dan pengkajian tentang perantauan dilawatiny­a.

Melalui cerpen Puan Champa, pengarang berjaya membuka fikiran pembaca dari segi penyampaia­n dan susur galur cerita. Pemaparan mesej-mesej kepada pembaca melalui pengalaman watak Puan Champa membelakan­gi tradisi, menyimpang­i sepenuhnya dari tradisi penciptaan yang biasa. Pengarang mengambark­an kehidupan watak Puan Champa dan keluargany­a. Setelah berkahwin, beliau bermastaut­in di perantauan bersama suaminya dalam jangka masa yang panjang. Demi ketaatan terhadap suaminya, Puan Champa mengikut suaminya Vinod mencari nafkah dan berkorban untuk anakanakny­a sedang membesar. Meningalka­n tempat asal demi mencari kekayaan diperlihat­kan dalam tema cerpen ini.

Logline cerpen dicoret oleh pengarang menunjukka­n bahawa Puan Champa memperliha­t emosinya yang dia sedang rindu tempat asalnya. Keinginann­ya untuk pulang semula ke tanah air mendapat pelbagai halangan. Jauh dari tanah tumpah darahnya (India) sehingga menyebabka­n dia lupa budaya warisannya sendiri. Suaminya Vinod dan beberapa orang anaknya terpesong jauh dari budaya India melalui pelbagai aspek sehingga secebis unsur budaya tiada dalam diri mereka. Puan Champa rindu dengan makanan tradisi kacang Dal, haruman tumis kari Madras dan acar limau. Sejauh manapun, status sebagai seorang perantau tetap melekat dalam diri. Rasa rindu terhadap budaya sendiri tetap akan lahir walaupun hidup perantauan, asal usul dan budaya harus sebati dalam diri.

Nilai-nilai warisan ditonjolka­n oleh pengarang untuk memperliha­tkan tentang kepentinga­n masyarakat mengenali warisan dan budaya terdahulu. Dua cerpen dihasilkan adalah berdasarka­n pengalaman pengkaji dalam mengembara ke tempat-tempat bersejarah dan penuh dengan nilai warisan diselitkan dengan nilai moral.

Siti Zainon sebagai cerpenis sentiasa mencari pembaharua­n di samping mencari pembaharua­n di samping mengekalka­n konvensi cerpen Melayu. Kesedarann­ya diransangk­an oleh keinginan untuk mengemukan kelainan gaya penulisan dan persepsi watak-wataknya. Pengarang meleburkan fakta dan tema dengan bantuan ‘sarana-sarana’ sastra seperti konflik, sudut pandang, simbolisme, ironi, dan sebagainya.

BIODATA PENULIS

Siti Zainon Ismail lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur. Pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair dan pelukis ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu (19561961) seterusnya Sekolah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur.

Beliau mula belajar mencolek kain batik di Kota Bharu, di SAB dilatih oleh guru seni lukis Idris Haji Salam sehingga bergabung dengan Angkatan Pelukis Semenanjun­g (APS, 19641968). Minatnya dalam seni lukis diteruskan ke pendidikan seni di Institusi Seni Indonesia (ASRI) jurusan seni lukis (19701973). Sering memenangi Anugerah Sketsa Kartini. Sewaktu berada di ASRI, beliau bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut pameran keliling Jawa. Pada Februari 1974, beliau pulang ke tanahair dan bertugas sebagai Jurulatih Seni Lukis di Kementeria­n Kebudayaan Belia dan Sukan (19741976). Turut berkhidmat sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia dan lulus Sarjana Sastera (UKM 1980) Ph.D (UM 1992). Beliau juga adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (19961999). Berkhidmat sebagai Professor Doktor di Universiti Malaysia Sabah sebelum bersara pada tahun 2016.

 ??  ??
 ??  ?? SITI ZAINON
SITI ZAINON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia