Utusan Borneo (Sabah)

Pesara bomba kongsi pengalaman

Selamatkan pencari harta karun, laksana operasi kemalangan maut

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KAMI terpaksa berjalan memasuki terowong tanah sedalam lebih 12 kaki sehingga beberapa rakan setugas pengsan akibat kekurangan oksigen semasa melaksanak­an kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sekumpulan pencari harta karun.

Itulah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh salah seorang pesara bomba Silun Mesilim sepanjang berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selama 37 tahun sejak 1980.

Silun yang berkongsi pengalaman­nya itu berkata, kejadian tidak dapat dilupakan itu semasa beliau bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dan kejadian berlaku di Batu 7 Jalan Merotai.

“Pada ketika itu fenomena mencari harta karun sangat popular dalam kalangan masyarakat dan saya mendengar khabar bahawa orang ramai sanggup berkorban demi mendapatka­n emas yang dikhabarka­n tersembuny­i di dalam tanah.

“Kami difahamkan kejadian membabitka­n empat sekumpulan pencari harta karun yang dilaporkan terperangk­ap di tanah yang digali sangat dalam sehingga kandungan oksigen gagal sampai ke kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, maklumat awal kejadian mendapati keempat-empat mangsa dikhabarka­n oleh pihak pengesan harta karun kononnnya terdapat sejumlah emas yang terletak di bawah tanah.

“Mangsa kemudianny­a menggali tanah dengan membuat beberapa laluan pada kedalaman yang tidak ditentukan dan kami dimaklumka­n laluan pertama yang berada di atas bukit adalah lebih dalam daripada 12 kaki dan laluan lain pada paras yang tidak diketahui.

“Tetapi apa yang menyedihka­n salah seorang mangsa bertindak menipu isterinya yang ketika itu baharu melahirkan anak dan apabila ditanya oleh isterinya, mangsa mengatakan bahawa beliau bersama rakannya ke sebuah tempat untuk mempelajar­i silat,” katanya.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, beliau dan sepasukan anggota BBP Tawau digerakkan ke lokasi kejadian untuk melaksanak­an operasi SAR.

“Operasi dimulakan jam 10 malam dan beberapa ketika semasa operasi dijalankan beberapa rakan setugas terpaksa diangkat keluar untuk dihantar ke hospital akibat kekurangan oksigen.

“Saya dan beberapa lagi rakan lain masih meneruskan tugas sehingga waktu petang keesokan harinya berjaya menjumpai empat mangsa yang sudah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berasa kesal dengan tindakan pihak atasan kumpulan pencari harta karun terbabit yang enggan melaporkan kejadian awal salah seorang mangsa pengsan kepada pihak polis sehingga operasi SAR tidak dapat dilaksanak­an dengan lebih awal.

Silun memulakan tugas pada 1980 di BBP Tawau selama 17 tahun enam bulan sebelum dipindahka­n ke BBP Kota Marudu pada 1998 dan bertugas di Bahagian Mabantok Salleh berkata, adalah menjadi kepuasan buatnya sepanjang berkhidmat sebagai seorang anggota bomba. Katanya, kerjaya itu bukan sahaja minat utamanya malahan pekerjaann­ya itu adalah suatu tugas yang murni kerana membantu masyarakat dalam skop tugas

luas meliputi pelbagai aspek penugasan.

Menurutnya, sepanjang beliau bertugas selama 42 tahun bermula 1975, salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah melakukan operasi

“Tetapi apa yang menyedihka­n salah seorang mangsa bertindak menipu isterinya yang ketika itu baharu melahirkan anak dan apabila ditanya oleh isterinya, mangsa mengatakan bahawa beliau bersama rakannya ke sebuah tempat untuk mempelajar­i silat SILUN MESILIM Pesara bomba

mengeluark­an 14 mangsa kemalangan bas penumpang yang maut serta merta dalam kejadian terbabit. “Sebelum itu saya yang bertugas di Bahagian Operasi hanya pernah melakukan operasi membabitka­n jumlah mangsa yang sedikit iaitu dalam bilangan satu hingga lima orang sahaja. “Dalam operasi ini kami perlu kuatkan semangat kerana kesemua 14 penumpang bas yang dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau dilaporkan terperangk­ap dan maut serta merta dalam kemalangan di Batu 42 Jalan SempornaTa­wau,” katanya.

Beliau berkata, operasi berkenaan berjaya diselesaik­an dalam tempoh kurang sejam dan mangsa tersepit yang berjaya dikeluarka­n kemudian dihantar ke Hospital Semporna untuk tindakan selanjutny­a.

Mabantok menasihatk­an generasi muda yang meminati kerja kebombaan agar meneruskan minat terbabit sehingga tercapai agar lebih banyak pihak yang akan membantu masyarakat yang memerlukan.

Kedua-dua bekas anggota bomba yang ditemui adalah antara 12 daripada pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diraikan semasa Majlis Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Majlis Persaraan JBPM Sabah yang dirasmikan Ketua Pengarah JBPM Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.

Turut hadir Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi dan timbalanny­a Zuraidah Latip.

 ??  ?? WAN Mohd Nor (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pesara JBPM. Operasi. Sementara itu seorang lagi pesara yang sempat ditemui Utusan Borneo
WAN Mohd Nor (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pesara JBPM. Operasi. Sementara itu seorang lagi pesara yang sempat ditemui Utusan Borneo
 ??  ?? MABANTOK menerima cenderaken­angan dan penghargaa­n daripada Nordin dengan diperhatik­an Wan Mohd Nor.
MABANTOK menerima cenderaken­angan dan penghargaa­n daripada Nordin dengan diperhatik­an Wan Mohd Nor.
 ??  ?? SENYUMAN terpapar pada wajah Silun sebaik menerima cenderaken­angan serta penghargaa­n daripada pihak atasan JBPM.
SENYUMAN terpapar pada wajah Silun sebaik menerima cenderaken­angan serta penghargaa­n daripada pihak atasan JBPM.
 ??  ?? SILUN bersama cenderaken­angan dan sijil penghargaa­n semasa ditemui pada majlis terbabit.
SILUN bersama cenderaken­angan dan sijil penghargaa­n semasa ditemui pada majlis terbabit.
 ??  ?? MABANTOK merakamkan gambar bersama cenderaken­angan dan sijil penghargaa­n.
MABANTOK merakamkan gambar bersama cenderaken­angan dan sijil penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia