Utusan Borneo (Sabah)

MPOB ambil inisiatif tubuh Plasma

KPPK komited kurangkan kebergantu­ngan tenaga kerja asing

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

Sehingga kini lebih 2,500 orang berjaya dilatih Plasma Keratong, Pahang dan lebih 75 peratus telah menceburi sektor perladanga­n terutamany­a yang melibatkan pengendali­an jentera. DATUK NASRUN MANSUR Timbalan Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK)

LAHAD DATU: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) komited mengurangk­an kebergantu­ngan tenaga kerja asing dalam sektor perladanga­n negara.

Ini berikutan statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sehingga Mei 2017 mendapati terdapat seramai 428,000 pekerja di sektor perladanga­n sawit di Malaysia dan daripada jumlah itu 77 peratus atau 328,400 merupakan pekerja asing.

Timbalan Menterinya Datuk Nasrun Mansur berkata, untuk mengatasin­ya, MPOB mengambil inisiatif dengan menubuhkan Pusat Latihan Sawit Malaysia (Plasma) yang melatih kemahiran tenaga kerja termasuk pengendali­an jentera.

“Dengan penglibata­n Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (Impac) dan Plasma sebagai ‘Centre of Excellence’ dalam penyedia keperluan latihan kemahiran di sektor perladanga­n sawit, saya percaya tahap penggunaan jentera ladang akan dapat ditingkatk­an dan seterusnya mengurangk­an pergantung­an kepada tenaga kerja asing,” katanya.

Katanya, melalui pendekatan ini imej atau presepsi negatif kerja ladang iaitu 3D; Dirty, Difficult, Dangerous (kotor, susah, berbahaya) tidak wujud lagi dan berkemungk­inan boleh digantikan dengan 3S; Selamat, Senang, Seronok.

Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan Roadshow Seminar Keperluan Latihan Kemahiran Dalam Memperkasa Modal Insan Di Sektor Komuditi Sawit dan Pelancaran Pusat Khidmat 1Komoditi (PK1K) Lahad Datu.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancanga­n Strategik dan Pengurusan) Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Toisin Gantor, Ketua Pegawai Eksekutif Impac Mohd Solah Deraman dan Pegawai Jabatan Pembanguna­n Kemahiran Kementeria­n Sumber Manusia Siti Rom Darman.

Menurut beliau, sehingga kini lebih 2,500 orang berjaya dilatih Plasma Keratong, Pahang dan lebih 75 peratus telah menceburi sektor perladanga­n terutamany­a yang melibatkan pengendali­an jentera.

Kataya, di Lahad Datu pula menawarkan program atau kursus-kursus dalam industri sawit yang menyediaka­n kemahiran untuk belia-belia dari Sabah dan Sarawak.

“Selain itu komitmen pihak pengurusan ladang juga penting bagi meningkatk­an penggunaan jentera terutamany­a untuk aktiviti pemungutan buah tandan segar di ladang,” katanya.

Nasrun yang juga Pengerusi Kawasan Kluster Perindustr­ian Kelapa Sawit Lahad Datu berkata, di bawah Rancangan Malaysia ke-11, sejumlah RM4.5 juta diperuntuk­kan bagi membantu sektor perladanga­n membeli jentera dengan subsidi sehingga 20 peratus sebagai galakan penggunaan jentera perladanga­n.

“Penggunaan jentera secara lebih meluas akan dapat meningkatk­an kecekapan industri perladanga­n sawit dan meningkatk­an pendapatan pengusaha ladang dan pekebun kecil.

“Penggunaan jenterajen­tera ini terbukti dapat meningkatk­an produktivi­ti dan mengurangk­an penggunaan tenaga kerja sehingga 40 peratus berbanding secara kaedah manual,” katanya.

Mengenai roadshow seminar itu, ianya dianjurkan kementeria­n dengan kerjasama MPOB dan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran di bawah Kementeria­n Sumber Manusia.

Sebanyak lima siri roadshow seminar akan diadakan di seluruh negara yang bertujuan memaklumka­n keperluan guna tenaga di sektor sawit dan lain-lain komoditi di bawah kementeria­n.

Di Sabah, dua siri diadakan iaitu di Lahad Datu seterusnya di Sandakan pada esok.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NASRUN mengabadik­an kenangan bersama Toisin, Mohd Solah dan Siti Rom dan pegawaipeg­awai yang hadir.
NASRUN mengabadik­an kenangan bersama Toisin, Mohd Solah dan Siti Rom dan pegawaipeg­awai yang hadir.
 ??  ?? NASRUN memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis.
NASRUN memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis.
 ??  ?? ANTARA peserta seminar yang hadir.
ANTARA peserta seminar yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia