Utusan Borneo (Sabah)

Sejarah bandar utama dunia dalam ‘Travel Thru History’ di TV1

-

Syarikat merupakan antara negara yang mempunyai bandar-bandar menarik dan terkenal di mata dunia. Namun, sejauh mana pengetahua­n kita tentang sejarah bandar-bandar ini?

Selami sejarah bandar-bandar utama dunia bersama RTM dalam dokumentar­i menarik ‘Travel Thru History’ yang kini sedang bersiaran di TV1 menerusi slot ‘Special On 1’, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam.

Dokumentar­i 30 episod ini memulakan episod pertama dengan menyelusur­i sejarah Bandar Las Vegas di gurun Mojave, Nevada. Kawasan ini dahulunya didiami penduduk asli Amerika Pahyut sebelum pihak Mormon ke kawasan itu dan mendirikan penempatan pertama mereka pada tahun 1855.

Kawasan ini juga telah digunakan untuk menjalanka­n ujianujian nuklear oleh tentera Amerika Syarikat mulai tahun 1945.

Daripada permulaan pertama itu, bandar Las Vegas seterusnya berkembang dengan pesat menjadi sebuah bandar pusat hiburan utama di Amerika Syarikat.

Dalam episod seterusnya, penonton dibawa ke Toronto, Canada. Toronto merupakan bandar terbesar di Canada dan bandar keempat terbesar di Amerika Utara. Ia terletak di tepi Danau Ontario dekat sempadan Amerika Syarikat.

Bandar ini ditubuhkan dalam tahun 1776 oleh rakyat Amerika yang memilih untuk berpindah ke Canada yang merupakan kawasan di bawah pemerintah­an British kerana tidak ingin hidup di bawah pemerintah­an Presiden Amerika. Antara tempat yang menarik di bandar ini ialah Canada’s National Tower, Castle Loma dan juga Muzium sukan hoki ais (‘Ice Hockey Hall of Fame’).

Menyusul pula episod di California yang memaparkan sejarah bandar Los Angeles. Bandar ini telah berkembang dengan pesatnya setelah California mendapat kemerdekaa­nnya daripada negara Mexico pada tahun 1846.

Hollywood dan juga bintang-bintang filemnya menjadikan nama Los Angeles tersohor di seluruh dunia. George C. Page Museum La Brea Discoverie­s merupakan antara tempat pelanconga­n menarik di Los Angeles yang mempamerka­n fosil-fosil binatang yang berumur sekitar 40,000 tahun dahulu.

Menyelusur­i sejarah bandar St. Petersburg yang terletak di Florida dalam episod seterusnya. Bandar St. Petersburg diberi nama oleh seorang lelaki bernama Peter Demens yang berkerja sebagai ketua pembina landasan kereta api di kawasan kerana beliau lahir di St. Petersburg, Rusia. St. Petersburg kini ialah bandar keempat terbesar di Florida dengan populasi penduduk sebanyak 1 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia