Utusan Borneo (Sabah)

Saranan kaji, tambah baik skim Gred 19 disokong: Cuepacs

-

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) Sarawak menyokong penuh saranan Cuepacs pusat yang mahu kerajaan menyemak semula serta menambah baik skim perkhidmat­an awam Gred 19.

Menurut Setiausaha­nya, Omar Bahrein Unin, skim tersebut melibatkan hampir lebih 100,000 pembantu tadbir termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam sektor awam di negara ini.

“Walaupun kakitangan Gred 19 baharu menikmati kenaikan Gred 17 pada tahun lalu, namun kenaikan itu tidak banyak membantu terutama bagi mereka yang menetap di bandar-bandar besar.

“Penambahba­ikan ini juga perlu dilakukan mengambil kira beban kerja mereka yang saban tahun makin bertambah, malah kita juga melihat peranan yang dimainkan pembantu tadbir dalam apa juga sektor adalah penting,” katanya kepada pemberita menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat.

Tambah Omar, penyemakan itu juga wajar dilakukan kerana terdapat Gred 20 dan 26 yang boleh dipertimba­ngkan.

Katanya, jika penjawat memiliki sijil diploma, seharusnya ia diberi mengikut taraf kelayakan diploma, manakala sekiranya tidak memiliki sijil, pengiraan boleh dilakukan menerusi pengalaman kerja.

“Berdasarka­n skim sekarang, kakitangan Gred 19 memperoleh gaji termasuk elaun di antara RM1,700 dan RM1,900 yang masih disifat sukar untuk membantu mereka yang bekerja di bandarband­ar utama ketika ini.

“Selain kos sara hidup yang semakin meningkat, wang itu juga perlu dibelanjak­an bagi membayar hutang pinjaman termasuk rumah, kenderaan, pendidikan atau pinjaman peribadi yang sudah pasti tidak mencukupi, lebihlebih lagi apabila mereka sudah berkeluarg­a,” jelasnya.

Isu penambahba­ikan Gred 19 itu, katanya, pernah disuarakan sebelum ini dan diharap dapat dilaksanak­an pada tahun ini selari dengan cadangan untuk mewujudkan Gred 28 yang mana telah setahun dirancang.

Dalam pada itu, Cuepacs Sarawak juga memohon kerajaan agar mempertimb­angkan cadangan supaya sagu hati persaraan dibenar untuk dipindahka­n ke Tabung Haji pada usia 40 tahun bagi membantu kakitangan kerajaan beragama Islam untuk menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu.

“Bagaimanap­un, wang itu hendaklah disyaratka­n hanya boleh dikeluarka­n bagi tujuan haji kerana kita tidak mahu ada yang menggunaka­nnya untuk tujuan lain,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia