Utusan Borneo (Sabah)

Juruwang bawa pulang Isuzu D-Max

Menang hadiah utama Peraduan Maggi ‘Jom Masak dan Menang’ 2017

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Perumpamaa­n ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’, amat bertepatan dengan Juruwang Restoran Resepi Mama Siti Juwita Anni yang dinobatkan sebagai pemenang Peraduan Maggi ‘Jom Masak dan Menang’ 2017 anjuran Nestle Products Sdn Bhd.

Juwita yang berusia 21 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah utama berupa kereta pacuan empat roda Isuzu DMax (3.0 v-Cross AT) pada peringkat akhir peraduan yang berlangsun­g di Centre Atrium Pusat Beli Belah 1Borneo pada Sabtu.

Menyifatka­n kemenangan sebagai tuah badan, beliau yang berasal dari Kota Kinabalu itu sama sekali tidak menyangka berjaya memiliki sebuah kenderaan kedua baginya.

“Saya tidak menyangka akan memenangi hadiah utama pada peraduan Ma g g i kerana sebelum ini saya hanya mengikuti kawan mengisi borang penyertaan.

“Mungkin ini adalah satu rezeki untuk saya bersama keluarga dan bercadang untuk memberikan kereta ini kepada ibu saya memandangk­an saya sudah memiliki kereta untuk memudahkan dia mengurus perniagaan,” katanya yang juga anak kepada Restoran Resepi Mama itu.

Bercerita lanjut mengenai penyertaan­nya, pengalaman­nya menyertai peraduan itu membuatkan dia mengetahui lebih mendalam mengenai produk Maggi yang sememangny­a pelbagai aneka.

Menurutnya, Maggi adalah satu jenama produk hidangan makanan yang menjadi pilihan utama seisi keluargany­a terutama ketika sibuk dalam menjalani perniagaan.

Peraduan yang dilancarka­n sejak 1 Mei lalu itu menerima sambutan yang amat memberangs­angkan dengan merekodkan hampir 220,000 penyertaan.

Sementara itu Pengurus Cawangan Produk Nestle Sabah Quek Teng Hiong berkata, acara tahunan itu adalah salah satu cara mereka menunjukka­n penghargaa­n kepada pengguna yang menjadikan rangkaian produk Maggi sebagai menu istimewa setiap hari.

“Sama seperti sambutan perayaan Pesta Kaamatan iaitu untuk merayakan perpaduan dan kesyukuran, kami di Maggi amat berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan sehingga ke hari ini,” katanya.

Pada peringkat awal, kedua-dua finalis peraduan mempamerka­n saingan yang sengit dengan mengharung­i tiga jenis cabaran yang menguji teknikal, ketangkasa­n spontan termasuk pemahaman mengenai produk Maggi.

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Tempat kedua dimenangi oleh Ashma Asmah Boyiat yang berasal dari Papar dengan membawa pulang baucer SenHeng bernilai RM5,000.00

Selain peraduan hadiah utama, hadiah mingguan menarik berupa peralatan elektronik seperti peti sejuk Sharp, Tablet berjenama 120gb, telefon pintar Samsung c9 Pro dan Toshiba 4TV UHD Smart Tb 49 Inci turut diberikan kepada pemenang sepanjang peraduan berlangsun­g.

Pameran bergerak turut diadakan secara mingguan yang mana pengunjung dapat menyertai permainan yang disediakan oleh penganjur termasuk demontrasi memasak yang dianggarka­n dikunjungi lebih 12,000 orang.

Maklumat lanjurt mengenai Maggi boleh lawati di laman sesawang di www.maggi. com.my atau laman sosial facebook di www.facebook. com/MaggiMalay­sia dan boleh hubungi di nombor talian perkhidmat­an pelanggan Nestle di 1-800-88-3433.

Saya tidak menyangka akan memenangi hadiah utama pada peraduan Maggi kerana sebelum ini saya hanya mengikuti kawan mengisi borang penyertaan. SITI JUWITA ANNI,21

 ??  ?? KEDUA-dua peserta akhir Peraduan Maggi ‘Jom Masak dan Menang’ sedang menyiapkan cabaran pertama peraduan iaitu membina piramid menggunaka­n kepingan kertas keras yang disediakan.
KEDUA-dua peserta akhir Peraduan Maggi ‘Jom Masak dan Menang’ sedang menyiapkan cabaran pertama peraduan iaitu membina piramid menggunaka­n kepingan kertas keras yang disediakan.
 ??  ?? JAINAB (dua, kanan) turut berkesempa­tan melakukan demontrasi memasak mengunakan produk Maggi pada program berkenaan.
JAINAB (dua, kanan) turut berkesempa­tan melakukan demontrasi memasak mengunakan produk Maggi pada program berkenaan.
 ??  ?? TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama pemenang hadiah utama Peraduan Maggi ‘Jom Masak dan Menang 2017.
TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama pemenang hadiah utama Peraduan Maggi ‘Jom Masak dan Menang 2017.
 ??  ?? TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama pemenang pertama dan kedua Peraduan Maggi ‘Jom Masak dan Menang’ 2017.
TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama pemenang pertama dan kedua Peraduan Maggi ‘Jom Masak dan Menang’ 2017.
 ??  ?? JUWITA merakam gambar kenangan bersama hadiah utama yang beliau peroleh pada peraduan berkenaan.
JUWITA merakam gambar kenangan bersama hadiah utama yang beliau peroleh pada peraduan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia